H&M Menyelamatkan Alam Sekitar Dengan Koleksi Terbaru Mereka
Dalam usaha ramai dalam dunia fesyen untuk menyahut cabaran umum untuk menjaga alam sekitar, H&M telah memperkenalkan koleksi terbaru mereka Conscious Exclusive 2017 yang menggunakan benang Bionic untuk menghasilkan rekaan mereka.

Foto: H&M
Masih ramai yang mencuba untuk menggunakan barangan kitar semula atau mesra alam dan menghasilkan pakaian yang masih mengekalkan kualiti dan DNA mereka dalam setiap produk mereka.
H&M bagaimanapun berupaya untuk menerapkan bahan mesra alam ini untuk koleksi Conscious Exclusive mereka.
Jenama fast fesyen terbesar ini menggunakan Bionic yang dibuat daripada polyester dikitar semula daripada plastik-plastik seperti botol, plastik barangan runcit, dan bekas makanan. Tidak seperti fabrik berasaskan plastik yang lain, Bionic mempunyai tekstur yang lebih lembut dan juga sesuai digunakan untuk seluar dan dress.

Foto: H&M
Ceraian utama untuk koleksi ini adalah dress merah jambu labuh dan beralun yang digayakan oleh supermodel dan dermawan Natalia Vodianova. Dia juga merupakan bintang utama kempen kali ini.
Conscious Exclusive 2017 turut menampilkan pakaian untuk lelaki, rangkaian kanak-kanak dan juga wangian daripada natural oil selain daripada pakaian wanita.

Foto: H&M
Untuk pasukan rekaan di H&M, Conscious Exclusive tahun ini merupakan peluang untuk kami bermimpi dan menghasilkan ceraian-ceraian yang cantik dan quirky. Ianya perkara yang bagus untuk berupaya menunjukkan apa yang mampu dikecapi dengan bahan seperti ini melalui dress plissé yang telah kami hasilkan daripada Bionic,” terang ketua rekaan dan pengarah kreatif H&M Pernilla Wohlfahrt.
Koleksi istimewa ini boleh didapat di kedai-kedai H&M serata dunia pada 20 April ini.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
