Related Stories
See Also
Neelofa melangkah masuk ke studio dengan entourage. Pengurus, pembantu peribadi, hijab stylist dan krew sendiri, sentiasa dikelilingi dengan sistem sokongan yang memastikannya selalu sedia. “They know exactly what to do,” ujar Neelofa merujuk kepada para pereka dan penata gaya yang menyuai padan penampilannya. “Mereka bekerja menurut guideline yang sudah saya berikan. Saya akan berikan input mengikut cita rasa sendiri, mana yang perlu ‘cover’ dan sebagainya.”
Teks SUZIE ADNAN Penyelaras & Penata Gaya YANA BAHARUDIN Penata Hijab DIDIYANA EHSAN Pengarah Seni ZULKIFLI SULAIMAN dibantu oleh MAHIRAH NADZLIM Gambar CHUAN LOOI/YIPIEYAYA STUDIO Pembantu Penyelaras SYAZWANI BUSTAMAM & AZZA FARHANA Solekan KHIR KHALID Aksesori SWAROVSKIPenampilan yang tampak polish adalah sesuatu yang cukup penting buat selebriti popular ini. Neelofa menyatakan itu semua sebahagian daripada caranya untuk terus tampil positif dalam kerjaya dan seterusnya kehidupan. “Amat penting buat saya untuk selalu dikelilingi dengan positivity. Saya mahu selalu berdamping dengan orang yang positif malah saya sentiasa membaca bahan bacaan motivasi yang mencetus pemikiran positif. Kalau saya menjengah ke kedai buku, seksyen motivasi yang akan saya tuju dulu. Selain self talk, mendengar ceramah-ceramah agama juga banyak membantu saya untuk mempersiapkan jiwa agar terus kental untuk berhadapan dengan cabaran.”
Mahu menyenaraikan pencapaian Neelofa dalam beberapa tahun ini, pencapaian demi pencapaiannya begitu hebat sekali. Dari namanya termasuk dalam senarai 30 Under 30 oleh Forbes, menjadi speaker di United Nations untuk Youth Forum 2017 sehingga ke perlantikannya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia, Neelofa dari penilaian peribadi saya, sememangnya seorang yang memiliki visi hebat. Dari susunan tutur kata dan bahasa tubuhnya, selebriti cantik ini memang sudah mempersiapkan dirinya untuk melakar kejayaan demi kejayaan.
Jadi apa lagi dalam perancangannya untuk masa depan? Nampaknya seperti tiada apa yang boleh menahannya dari terus merangka idea-idea baru untuk terus maju. “Ketika ini saya sibuk membuat persiapan untuk koleksi Raya saya di Zalora dan sebelum itu saya ada melakukan perbincangan bersama FashionValet. Dua hari lagi saya akan ke Koh Samui untuk penggambaran kempen baru Naelofar Hijab. Saya juga ada melakukan kolaborasi dengan siri animasi Omar & Hana di mana karakter Kak Lofa dihidupkan dalam beberapa episod khas. Ada lagu dan sebagainya, segalanya berteraskan gaya hidup Islam.” Bijak sekali langkah Neelofa dalam kolaborasinya kali ini. Rancangan kegemaran kanak-kanak itu akan membuatkan generasi esok membesar dengan nasihat-nasihat daripada watak Kak Lofa
Berbalik kepada kisahnya sewaktu mula berjinak-jinak dalam dunia hiburan, terang Neelofa, niat asalnya cuma mahu mengumpul wang untuk melanjutkan pelajaran. Meski lahir dalam keluarga serba berada, bapanya agak berat hati melepaskan anak sulung ke luar negara untuk belajar dan berdikari sendirian. “Jadi saya ambil keputusan untuk kumpul duit sendiri hingga cukup untuk bayar sendiri pembelajaran ke luar negara. Waktu itu saya sedar yang antara cara cepat for easy money. Mula-mula saya berlakon iklan, kemudian bertanding dalam Dewi Remaja sebelum diundang untuk berlakon filem Azura. And you know what they say, once you start, you can never stop. Selepas itu hidup saya berubah 360 darjah,” kata Bintang Paling Popular 2016 ini.
Neelofa menegaskan yang visinya dalam hidup cukup jelas. Sebagai seorang yang business minded, dia berazam mahu menjenamakan dirinya sendiri. “Saya selalu bercita-cita untuk memiliki jenama sendiri. I want to establish myself as a brand. Selalu saya cuba mencari ruang perniagaan walau sekecil mana sekali pun. Dulu saya bermula dengan supplement, kemudian kanta lekap dan kini hijab. I’m very hands on. Sewaktu 2014, saya terpaksa berhenti berlakon buat seketika demi memberi tumpuan kepada Naelofar Hijab yang baru dilancarkan. Saya sendiri pergi beli kain, pilih fabrik serta warna, rancang rekaan sampailah ke konsep pemasarannya. Dulu hanya saya, kakak dan seorang kawan melakukan semua tetapi kami sudah ada lebih 200 pekerja,” ujar Neelofa bangga sementelah pelbagai cabaran terpaksa diredahnya sebelum mampu mengecap kejayaan seperti hari ini. Sekarang keluarganya turut serta menguruskan syarikat dan dia lebih menumpukan pada bahagian kerja kreatif lantas memberi ruang kepada Neelofa untuk kembali aktif sebagai pelakon.
Kini net worth sasaran Neelofa untuk tahun mendatang adalah USD 18 juta. Tanya saya, apa lagi yang dia impikan dalam hidup? Jawap Neelofa ringkas, “I want to be more knowledgeable. Saya dahagakan ilmu kerana itu adalah senjata terbaik untuk mencapai cita-cita. Jika dada penuh ilmu, campaklah di mana pun, you can always make something out of it. Contohnya sewaktu saya menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah AirAsia, I felt so inspired to be surrounded by all these smart people discussing about issues and overcoming challenges. Saya sedar banyak lagi yang saya perlu belajar,” kata Neelofa yang katanya setiap hari mencatat nota positif dalam buku A Sentence A Day, demi melatih jiwanya agar terus positif.
Neelofa juga turut memberitahu yang aura diri salah satu elemen penting yang perlu dijaga. Banyak buku berkenaan aura dan tenaga sudah dibacanya. Pendekatannya adalah secara holistik dan spiritual, dan kerana itu Neelofa kerap bermeditasi untuk membersihkan aura diri. “Dan tentu sekali saya menerapkan ayat-ayat Al-Quran. Saya juga mengamalkan hafalan Asma Ul Husna, belajar untuk membuka mata hati dalam memahami kehendak diri dan keadaan sekeliling,” ujar Neelofa yang turut mengamalkan terapi mandi ais.
Bagaimana pula Neelofa berhadapan dengan kritikan di internet? “Semakin usia meningkat, saya semakin mengenali diri sendiri. Saya hargai kerjaya dan kehidupan maka apa jua tohmahan tidak akan mengganggu gugat ketenteraman jiwa saya. Dahulu kalau ada masalah, saya akan berkongsi dan mengadu pada orang terdekat. Tapi sekarang saya belajar untuk meneguhkan ketahanan dalaman. I started building my inner strength dan memfokuskan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Mengapa perlu bergantung pada manusia apabila kasih sayang Allah SWT mengatasi segalanya? He will always love and provide me no matter what,” ujar Neelofa menoktahkan bicara.

SELENDANG NAELOFAR, DRESS DVF DAN CINCIN SWAROVSKI

SELENDANG NAELOFAR, BAJU FENDI, CELANA EMPORIO ARMANI, KERONGSANG, RANTAI DAN CINCIN SWAROVSKI
Neelofa juga turut memberitahu yang aura diri salah satu elemen penting yang perlu dijaga. Banyak buku berkenaan aura dan tenaga sudah dibacanya. Pendekatannya adalah secara holistik dan spiritual, dan kerana itu Neelofa kerap bermeditasi untuk membersihkan aura diri. “Dan tentu sekali saya menerapkan ayat-ayat Al-Quran. Saya juga mengamalkan hafalan Asma Ul Husna, belajar untuk membuka mata hati dalam memahami kehendak diri dan keadaan sekeliling,” ujar Neelofa yang turut mengamalkan terapi mandi ais.
Bagaimana pula Neelofa berhadapan dengan kritikan di internet? “Semakin usia meningkat, saya semakin mengenali diri sendiri. Saya hargai kerjaya dan kehidupan maka apa jua tohmahan tidak akan mengganggu gugat ketenteraman jiwa saya. Dahulu kalau ada masalah, saya akan berkongsi dan mengadu pada orang terdekat. Tapi sekarang saya belajar untuk meneguhkan ketahanan dalaman. I started building my inner strength dan memfokuskan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Mengapa perlu bergantung pada manusia apabila kasih sayang Allah SWT mengatasi segalanya? He will always love and provide me no matter what,” ujar Neelofa menoktahkan bicara.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Hijab Ikon: Perjalanan Sharifah Rose Menjadi Wanit...
BY Maya Kusuma
Feb 25, 2026
GLAM Hijab: 5 Jenama Telekung Mewah Untuk Ibu ...
BY Maya Kusuma
Feb 11, 2026
Hijab Ikon: Mira Filzah Inspirasi Gaya Wanita Musl...
BY Maya Kusuma
Jan 21, 2026
Hijab Ikon: Anzalna Nasir Miliki Daya Tarikan Semu...
BY Maya Kusuma
Dec 19, 2025
GLAM Hijab: 5 Jenama Tudung Lokal Perlu Ada Dalam ...
BY Maya Kusuma
Nov 21, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
