Pilihan GLAM: Lima Gaun Paling Diingati Tahun 2020
Louis Vuitton Lancar Kempen Terbaharu Sempena Koleksi Pre-Fall 2025
Prada A Winter’s Tale Menghidupkan Magis Musim Dingin
Welcome to the Dior Garden
Uniqlo Kolaborasi Dengan Clare Waight Keller Lancar Koleksi Uniqlo : C
Home > Fesyen > Berita > Kim Kardashian Adalah ‘Elle Woods’ Bersempena Halloween

Kim Kardashian Adalah ‘Elle Woods’ Bersempena Halloween

Sambutan perayaan Halloween sudah menjadi kebiasaan buat mereka yang menyambutnya. Selain bergaya dengan menyarung kostum watak-watak tertentu seperti watak hantu dan superhero, watak kegemaran dalam filem-filem hebat sepanjang zaman juga menjadi pilihan. Yang pasti, Kim Kardashian turut tidak ketinggalan apabila menayang beberapa set baju untuk watak peguam terkenal, Elle Woods menerusi filem Legally Blonde yang dibawakan oleh Reese Witherspoon. Apa-apa pun, she’s nailed it!  Ibu kepada empat orang anak itu berkongsi gambar eksklusif sisi ‘Elle Woods’ nya di laman Instagramnya semalam. Untuk mengubah dirinya menjadi peguam terkenal itu, Kim menyarung rambut palsu perang dengan busana slinky big slip. Kemudian beliau melengkapkan keseluruhan gaya dengan rantai dari Juicy Couture, cermin mata merah jambu dan blush, termasuklah seekor anak anjing sebagai ‘Bruiser’. Namun, itu hanya sebahagian daripada kostum Kim apabila beliau turut memperagakan bikini segi-tiga sparkly yang dilakonkan Reese menerusi babak dalam kolam mandi yang ikonik! Bukan itu saja, Kim turut berkongsi tayangan video eksklusif dirinya melakonkan semula watak Elle Woods menerusi babak ‘Harvard Video Essay’ yang cukup mengimbau memori semua peminat filem Legally Blonde. Foto: Instagram @kimkardashian