Pereka Fesyen “Sensual Obsessive”, Emanuel Ungaro Meninggal Dunia
Dunia dikejutkan dengan pemergian Emanuel Ungaro, lagenda fesyen Perancis pada usia 86 tahun di Paris. Pemergiannya disahkan sendiri oleh Instagram rumah fesyennya @emanuelungaroparis pada hari Ahad lalu. Dalam satu posting yang menyentuh hati, jenama itu menulis “Ungaro akan kekal dalam ingatan sebagai Master of sensuality, colors and flamboyance”.
https://www.instagram.com/p/B6YbKM1oXn2/
Dilahirkan di Aix-en-Provence, Selatan Perancis pada tahun 1933 dalam keluarga imigran Itali, Ungaro mula belajar daripada bapanya, seorang tukang jahit sebelum berpindah ke Paris pada usia 22 tahun untuk menjadi anak didik Cristóbal Balenciaga. Ungaro kemudian melangkah ke depan dengan melancarkan rumah fesyen sendiri pada tahun 1965 dan menggambarkan dirinya sebagai sensual obsessive yang terkenal dengan rekaan glamor serta penggunaan warna dan cetakan berani.
https://www.instagram.com/p/B6Ybdh-IQPj/
Seperti Yves Saint Laurent, Ungaro antara yang pertama mengangkat ready-to-wear sebagai alternatif kepada haute couture. Dia telah membina empayar fesyen yang kemudian diperluaskan kepada minyak wangi, kasut, dan kelengkapan rumah seperti lilin. Ungaro bersara secara rasmi pada tahun 2004. Labelnya pernah dibeli oleh Ferragamo pada tahun 1996 kemudian dijual kepada Asim Abdullah pada tahun 2005. Mendiang Ungaro meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan.
Sumber: Vogue UK
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
