Rumah Serena Williams Yang Minimal, Moden dan Mengagumkan!
Pengalaman Maya Di Bilik Pameran Rozel
Trend – 15 Rekaan Lampu Candelier di Ruang Makan
#StayHomeWithGD : Panduan Mencipta Edible Garden
Inspirasi: 5 Aplikasi Dekorasi Pilihan
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > Palet-Trivia Warna Sinergi Kuning

Palet-Trivia Warna Sinergi Kuning

Teks: Nadia Zolkifli

Kuning mampu menebarkan tenaga eksotika, sensasi segar dan rasa tekstur tropika. Campuran warna biru firus, hijau gelap dan oren diselangi aksen keemasan atau tembaga dapat menerbitkan ruang tamu, ruang makan dan kamar mandi dalam suasana santai berkarakter.

Trivia Warna Kuning :

  1. Kuning salah satu warna neon. Perlahankan sinergi kuning dengan padanan spektrum warna neutral seperti coklat gelap, kelabu dan putih pada penggayaan aksesori; sarung kusyen, kemasan lembut, lampu meja.
  2. Kemasan kertas dinding bercorak kuning pada dinding fokal di kamar beradu dapat mencetuskan impak dramatik.
  3. Campuran warna-warna terang lain; merah samar, biru firus, hijau pucuk pisang menerusi pilihan warna perabot meja konsol, kerusi berlengan atau sekadar pouf untuk gaya eklektik segar.
  4. Bagi menjadikan kuning kelihatan lebih lembut, pilihan perabot kayu berwarna coklat cerah bersama hamparan permaidani linen dilihat menjadi.
Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse
Dulang kek bertingkat Mikado Cantaloupe adalah rekaan semula oleh Royal Crown Derby dari tahun 1984. www.royalcrownderby.com
Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse