Media sosial dan masyarakat, dua entiti yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian masyarakat global masa kini. Mana tidaknya, kempen politik bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global termasuk di Amerika Syarikat juga kini beralih ke media sosial daripada media arus perdana.
Itu secara umum memberi gambaran jelas betapa pentingnya media sosial pada masa kini. Namun, dalam tidak sedar, media sosial juga kini dilihat sebagai satu senjata baru yang mampu mengeruhkan situasi apabila fitnah dan maklumat palsu mudah disebarkan sekaligus memberi satu tanggapan negatif mengenai sesuatu perkara.
Netizen satu istilah bagi seseorang yang sering berinteraksi dan menyuarakan aspirasinya melalui media online. Berkomunikasi adalah aktiviti utama terutama kepada mereka yang dahagakan interaksi virtual. Media yang yang digunakan seperti blog, website, e-mail, chat, Skype, Facebook dan Twitter. Menyuarakan pendapat salah satu aktiviti daripada netizen ini. Kita bebas menyampaikan aspirasi kita secara objektif terhadap suatu peristiwa yang berlaku di dalam masyarakat.
Secara kasarnya, timbul satu budaya baru iaitu demokrasi virtual. Demokrasi virtual, bunyinya agak aneh, namun inilah trend masa kini. Di saat media arus perdana mula menunjukkan taringnya, arus informasi berkembang terlalu pesat. Kini, tidak lagi perlu bersusah payah membawa sepanduk bernada ketidakadilan kerana ia kini seolah-olah tidak lagi efektif. Media massa dan media online menjadi wadah baru dalam berdemokrasi.
Kita perlu sedar bahawa maklumat yang diterima menerusi pelbagai medium media sosial ada yang fakta, auta (palsu) mahupun fitnah. Justeru, dalam menyebarkan maklumat yang diterima, netizen perlu membuat saringan maklumat. Jika anda menerima sebarang maklumat, pastikan ia benar, jika palsu, jangan sebarkan. Jika benar, anda perlu membuat saringan kedua. Anda perlu menilai, adakah ia bermanfaat, jika bermanfaat, sebarkan, jika tidak, proses itu terhenti di situ.
Bercakap berkenaan sumber, pelbagai sumber boleh diakses oleh netizen untuk mendapatkan maklumat. Tidak salah untuk mencari maklumat, namun pastikan maklumat itu adalah bermanfaat untuk dikongsikan kepada netizen yang lain. Sumber yang sahih seringkali hadir daripada pengamal media dan pemimpin. Sumber maklumat adalah sesuatu yang diluar jangkaan, namun berbalik semula kepada penerima untuk membuat saringan maklumat yang diterima.
Saya akui, netizen ini ada kebaikannya. Perkongsian maklumat yang sahih pastinya memberi impak positif kepada kehidupan masyarakat. Namun, penyebaran maklumat palsu, fitnah dan sebagainya boleh mengeruhkan sesuatu perkara itu. Malah, maklumat palsu yang disebarkan netizen kadang kala menganggu proses siasatan pihak berkuasa terutamanya yang melibatkan prosiding perundangan.
Jika anda berani untuk menyebarkan sesuatu gambar yang anda rasakan bakal mendapat kencaman netizen, anda perlu berani menghadapinya. Isu ini dilihat sebagai subjektif. Mengapa berani melakukan perkara sebegitu sebaliknya takut untuk berdepan kecaman. Kritikan di media sosial sukar dikawal. Justru, sebaai pengguna media sosial, elakkan daripada memuatnaik gambar mahupun status yang bakal mendapat kencaman umum, ‘Think before you click’.
‘Silap’. Perkataan yang biasa diungkap seseorang setelah menyedari kesilapan yang dilakukannya. Bagi saya, mudah ahaja. Jika berlaku kesilapan, buangkan ego, muat naik status terbaru yang memaklumkan anda silap dan pastinya langkah itu dilihat lebih matang berbanding daripada anda melatah. Kepada netizen yang suka mem’viral’kan kesilapan orang lain, apa kata anda sebarkan pembetulan mahupun permohonan seseorang itu daripada terus menyebarkan usur negatif. Hidup dalam dunia maya, pastinya memerlukan keberanian. Mengapa saya katakan begitu? Ini kerana di dalam dunia maya ini, pelbagai perwatakan manusia akan anda temui. ‘Keyboard warriors’, istilah yang tidak asing lagi dalam dunia maya terutama melibatkan entiti politik. Namun, dalam dunia hiburan, ‘keyboard warriors’ lebih memfokuskan untuk ‘menghentam’ selebriti walaupun perkara yang dilakukan oleh artis itu adalah sesuatu yang positif. Mereka ini seringkali mencari kesalahan. Kadang kala mereka juga dikencam kerana mengkritik perkara yang tidak tentu hala. Berbalik kepada pokok pangkal yang saya katakan tadi, keberanian harus ada. Kecaman itu akan datang dalam pelbagai bentuk.
Salah tafsir. Isu ini seringkali berlaku di media sosial terutama melibatkan selebriti kerana mereka merupakan public figure. Mata netizen tertumpu kepada mereka. Sebagai selebriti, adalah lebih baik untuk menolak ego mereka ke tepi jika mereka sedar bahawa berlaku kesilapan terhadap status mahupun gambar yang dimuat naik oleh mereka. Tidak perlu salahkan sesiapa. Selebriti yang menolak egonya ke tepi akan lebih dihormati peminat sekaligus sesuatu isu itu tidak akan berlanjutan yang akhirnya akan memberi imej yang positif kepada selebriti itu.
Jika anda menyedari ada sesuatu yang salah dimuat naik oleh seseorang, tidak salah untuk anda menegur. Awas! Teguran dan kritikan adalah sesuatu subjek yang berbeza. Teguran dibuat dengan ayat yang tersusun, merendah diri dan penuh dengan fakta. Sebaliknya, kritikan adalah ayat yang berbentuk negatif dan nada yang tinggi. Walaupun kritikan yang diberi itu sesuatu yang fakta, namun cara yang salah menggambarkan tahap kematangan sebenar si ‘penegur’ itu.
Penyaringan maklumat yang diterima perlu dipupuk dalam kalangan netizen kerana ramai yang beranggapan netizen pada usia muda ini masih belum cukup matang dalam menilai sesuatu perkara mahupun membuat sesuatu keputusan. Namun, perlu sedar, ada pihak yang sengaja menyebarkan sesuatu yang negatif, palsu dan fitnah demi kepentingan. Justeru, masyarakat perlu lebih prihatin dalam ‘kehidupan’ di dunia maya ini.
Oleh: Harits Asyraf Hasnan Harits Asyraf Hasnan merupakan wartawan penyiaran di salah sebuah stesen televisyen tempatan, gemar membaca tidak kira medium sama ada akhbar, artikel online termasuk buku dan majalah. Jika anda mahu berkongsi sebarang pandangan, sila e-mel kepada suzieadnan@bluinc.com.my
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Febuari 2016Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Nadi Baru Le Roseau
BY Faizal Hadi
May 19, 2020
Towards The Sun
BY Faizal Hadi
May 13, 2020
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
BY Faizal Hadi
May 08, 2020
Flip The Past & The Future
BY Faizal Hadi
May 07, 2020
Seven Ways Dengan Tata Gaya Infiniti!
BY Faizal Hadi
May 07, 2020
Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik
BY Wan Firdaus
Apr 29, 2020
Datin X: Affair Di Hujung Usia
BY Fara Adilla
Apr 28, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
