Walaupun Datin X percaya pada peluang kedua, namun sesetengah orang tidak mungkin berubah. Adalah lebih baik untuk kita tidak meletakkan sebarang harapan yang terlalu tinggi. Kerana kepada sebilangan orang, janjinya itu tidak bermakna. Ada teman yang seleranya pada kaum sejenis, bersumpah bersungguh-sungguh dengan nama Tuhan yang dia tidak akan kembali kepada kehidupan lamanya sebaik berkahwin. Baru setahun lebih berumah tangga, hatinya kembali cair bila dipujuk bekas kekasih. Terus kerap bertemu secara diam-diam. Datin X tanya, mengapa? You nearly had it all! “She’s my soulmate. You tak akan percaya kalau I cakap yang hanya dia tahu jiwa I. My husband haram nak cuba memahami I. He only talks about himself. Everything is about him!” Nak saja Datin X katakan padanya, itulah ego lelaki namanya!

Datin X dan kawan-kawan suka menjadi pemerhati kepada rumah tangga seorang kenalan lelaki ini. Mengetahui di zaman muda kami, kononnya dialah most eligible bachelor. Terkenal dengan sifat playboy, Tengku Shah menukar teman wanita seperti menukar baju. Memang sejak dari dulu lagi dikenali sebagai kaki perempuan, Shah berkahwin di lewat usia. Kami semua pelik, ada juga perempuan yang sanggup hidup sehidup semati dengan lelaki miang keladi itu? “You jangan tak tahu… Shah sampai pergi Mekah buat umrah sebab nak buktikan kepada future wife yang dia sudah bertaubat! Beria-ria berjanji pada isteri mudanya yang dia tak akan main perempuan lagi!” Hmm… boleh percaya? We had to wait and see.
Kawan Datin X pun terus bercerita… “Mestilah Shah nak settle down. Susah sakit semua nanti siapa nak jaga? Rumah kata pergi, kubur kata mari…faham-faham sajalah!” Hati Tengku Shah terdetik mahu membina masjid pun semenjak dia terkena serangan jantung. Tapi Tuhan sayang padanya dan memberi peluang kedua. Usianya panjang. Shah ambil masa berbulan untuk recover dan sebaik disahkan sihat, cepat-cepat dia pasang niat mahu berubah.
Bertahun sudah mendirikan rumah tangga, Tengku Shah dan pasangannya masih belum lagi dikurniakan cahaya mata. Isterilah yang terlebih rajin, dalam sebulan banyak kali naik turun hospital meminta nasihat pakar kesuburan. Pelbagai kaedah sudah dicuba dan aneka petua sudah diikuti. Namun masih hampa. Mungkinkah faktor usia Tengku Shah menjadi penyebabnya? Isteri tersebut meminta Shah buat check up, lantas mengundang kemarahan suaminya. Biasalah lelaki…kalau tak dapat anak, mana mahu mengaku diri sendiri mandul!
Banyak kali Shah dipujuk isteri yang mahukan IVF. Tapi entah mengapa Shah berat hati mahu berkata ya. Sikapnya yang berdolak-dalik membuatkan hubungan suami isteri itu bertambah dingin. Sang isteri pergi kerja pun sudah tidak senang lagi bila semua orang asyik bertanya perkara yang sama ‘bila lagi?’. Tapi Datin X percaya, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tengku Shah tu panjang akal. Mesti ada udang di sebalik batu!
Apa yang kami semua teka, memang betul-betul terjadi. Helah Shah akhirnya diketahui isterinya gara-gara terlupa yang kediaman mereka dilengkapi CCTV luar dalam. Entah mengapa suatu hari sewaktu di pejabat, isteri Shah teringat mahu memeriksa apa yang dibuat pembantu rumah. Bila diperhatikan dalam skrin, lain pula yang muncul. Rupa-rupanya sudah hampir sebulan Shah bawa masuk perempuan ke dalam rumah. Mual seakan mahu muntah katanya bila terpaksa melihat aksi ranjang suami tuanya dengan perempuan lain. Pembantu rumah pula dibayar untuk tutup mulut.
Isteri Tengku Shah terus merakam klip dari CCTV itu masuk ke dalam telefon pintarnya. Habis ditunjukkannya pada kawan-kawan, terus Shah jadi bahan ketawa. Bila akhirnya mereka bersemuka, dia terus menunjukkan kepada suaminya apa yang tersimpan dalam memori telefonnya dan mula mengugut macam-macam. Datin X faham sangat. To hear about your husband’s infidelity is one thing, but to have seen it (and recorded it!) is another.
Tengku Shah sudah kecut perut. Silap hari bulan entah-entah dia kena heart attack lagi sekali. Maki isterinya, pergilah pada perempuan-perempuan itu. Kalau tidak mahu klip ini dilihat ahli keluarga dan teman pejabatnya, tukarkan nama hak milik dua rumah serta satu kereta mewah kepada namanya. Cinta mereka mati sebaik sahaja perang dunia kedua sudah bermula. Seronoklah Datin X dan kawan-kawan dapat tengok wayang. Jangan pula isteri Tengku Shah menggila share klip tersebut dalam Facebook sudahlah!
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
Nadi Baru Le Roseau
Towards The Sun
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
