See Also
“Sedangkan binatang sayangkan anak, inikan pula manusia.” Ungkapan yang sering kita dengar, maka amat sukar untuk kita terima apabila manusia yang diberikan akal dan fikiran yang sempurna sanggup membunuh anak mereka sendiri! Namun hakikatnya berita sedemikianlah yang saban hari mengisi ruang di akhbar dan juga media sosial. Rata-rata mengatakan pergaulan bebas atau ‘hedonism’ yang menjadi punca utama anak-anak mengandung luar nikah dan seterusnya melahirkan anak.
Ketakutan yang menerpa dan ketidaktahuan apa yang perlu dilakukan mendorong dan mendesak mereka untuk melakukan perkara yang paling kejam – apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan akhirnya mati di tangan ibu yang mengusung kandungan tersebut. Apakah pergaulan bebas punca utama? Ataupun ada faktor lain yang mendorong kepada terjadinya perkara sedemikian? Berkemungkinan juga disebabkan agama yang cetek, soal halal dan haram tidak ditekankan dan difahamkan dengan betul. Secara konteksualnya, budaya mengejar keseronokan menyebabkan hati remaja-remaja ini menjadi keras untuk menerima ajaran agama yang berbentuk kerohanian.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan fakta latar belakang keluarga juga boleh menjadi punca tergamaknya mereka membunuh anak sendiri. Fakta latar belakang keluarga ini bermakna, kedua orang tua yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka telah mengandungkan anak luar nikah. Bermacam ugutan dilemparkan kepada anak-anak ini menjadikan mereka berada di dalam situasi yang menakutkan dan tidak dapat berfikir dengan tenang. Keluarga merupakan tempat di mana anak-anak dapat berteduh, mengadu, meminta nasihat dan bergantung harap. Keluarga seharusnya dapat menerima hakikat atas apa yang terjadi, walaupun sepahit mana kerana segalanya telah ditakdirkan oleh Allah swt bagi menguji hambaNya.
Oleh yang demikian, telah berulang kali diusulkan subjek tambahan di peringkat sekolah menengah tentang penekanan mengenai perkara tersebut. Sudah sampai waktunya perkara ini diambil serius oleh pihak yang berwajib bagi memastikan diwujudkan subjek sampingan ini. Subjek harus dikongsi secara subtle agar anak-anak muda ini dapat menerimanya dengan hati dan minda terbuka. Perkara-perkara seperti elakkan diri dari terpedaya yang kata-kata manis pasangan dengan berjanji akan mengahwini mereka hanya untuk mengadakan hubungan seks. Namun jika terjadi, apakah langkah-langkah yang harus diambil dengan kadar segera? Adakah berkongsi dengan pasangan atau terus mengadu kepada keluarga dan tindakan awal apakah yang akan diambil oleh pihak keluarga. Pusat kaunseling untuk ibu bapa dan juga pasangan yang terlibat harus diadakan dan dikendalikan oleh pakar penasihat yang bertauliah.
Bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku, apakah langkah-langkah awal yang harus dilakukan oleh kedua ibu bapa? Bagi yang mempunyai anak-anak masih bersekolah, pemantauan pergerakan anak amat penting. Di mana mereka berada selepas waktu persekolahan atau aktiviti petang. Apa pun, perkara pokok yang perlu difahami di sini adalah bagaimana kita bina institusi kekeluargaan ini. Peranan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mereka semasa membesar.
Berikan pendidikan agama luahan kasih dan sayang dan sering berkongsi masalah bersama. Ayah selaku ketua keluarga harus memastikan segala keperluan asas bagi anak-anak dapat disediakan agar mereka tidak menagih simpati dari orang ketiga yang kemudian akan menggunakan ini sebagai taruhan untuk mereka menyerahkan maruah diri. Ibu pula harus senantiasa menunjukkan sikap sayang dan sentiasa memahami masalah anak-anak. Bagi ibu-ibu yang bekerja, sesibuk mana sekalipun, harus meluangkan masa untuk mendengar luahan hati anak-anak dan berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka.
Dengan ini, ibu bapa akan dapat membaca sekiranya anak-anak sedang menghadapi sebarang masalah. Perkara terakhir pula, adalah penglibatan masyarakat sekeliling. Hidup berjiran harus saling bantu membantu. Kebanyakan masyarakat memikirkan akan dilabel sebagai busy body jika mereka mengambil tahu tentang hal keluarga jiran mereka. Sedangkan ini penting kerana, sikap jiran yang prihatin akan turut membantu dalam segi pengawasan anak-anak tersebut.
Peratusan kes seperti ini dapat dikurangkan jika setiap individu dan kumpulan yang bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu usaha bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku. Jika sekadar membaca dan bercakap mengenai isu ini tanpa mengambil apa-apa tindakan sama juga seperti kita menggalakkan perkara ini berterusan. Tepuk dada tanyalah selera…
Oleh: Natrah Abdullah
Natrah Abdullah bekerja di EcoWorld Development Group Berhad. Berminat dalam bidang penulisan sajak dan sukan permotoran lasak. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada suzieadnan@bluinc.com.my
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Edisi Mac 2016
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Nadi Baru Le Roseau
BY Faizal Hadi
May 19, 2020
Towards The Sun
BY Faizal Hadi
May 13, 2020
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
BY Faizal Hadi
May 08, 2020
Flip The Past & The Future
BY Faizal Hadi
May 07, 2020
Seven Ways Dengan Tata Gaya Infiniti!
BY Faizal Hadi
May 07, 2020
Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik
BY Wan Firdaus
Apr 29, 2020
Datin X: Affair Di Hujung Usia
BY Fara Adilla
Apr 28, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
