GLAM Exposé: Berkawan Atau Berlawan?
Arkib GLAM: Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra
Datin X: Girlfriend Datuk Budak Kolej
Parti Urban Decay
“Saya lebih senang memilih hasil seni melalui skrip yang bagus.”- Nadiya Nisaa
Home > Personaliti > A-List Stars Who Have Never Won An Oscar!

A-List Stars Who Have Never Won An Oscar!

Menggenggam Anugerah Oscar adalah salah satu penghargaan yang paling berprestij buat selebriti malah boleh meningkatkan mutu serta kelangsungan kerjaya mereka sebagai pelakon dan insan seni. Namun, jangan terkejut sekiranya ada beberapa selebriti Hollywood ini yang terbukti bakatnya namun tidak pernah memenangi trofi emas itu walaupun sudah beberapa kali tercalon. Jom imbas mereka yang tersenarai.

——

1. MICHELLE WILLIAMS  Tidak pernah menang walaupun sudah tercalon empat kali sepanjang kerjayanya – Brokeback Mountain (2006), Blue Valentine (2011), My Week With Marilyn (2012) dan Manchester by the Sea (2017).   2. AMY ADAMS Enam kali tercalon namun rezeki tidak pernah berpihak kepada Amy Adams – Junebug (2006), Doubt (2009), The Fighter (2011), The Master (2013), American Hustle (2014) dan Vice (2019).    3. GLENN CLOSE Glenn Close adalah ‘wajah’ tragis dunia Hollywood. Walaupun bakatnya menyamai rakan seperjuangannya iaitu Maryl Streep namun Glenn tidak pernah berpeluang untuk naik ke atas pentas memegang trofi Oscar. Dengan lapan pencalonan The World According to Garp (1983), The Big Chill (1984), The Natural (1985),  Fatal Attraction (1988),  Dangerous Liaisons (1989), Albert Nobbs (2012) dan The Wife (2019), mungkinkah Glenn masih berpeluang?   4. ANNETTE BENING  Seperti Michelle Williams, sudah empat kali tercalon namun usaha kerasnya belum berhasil. Annette tercalon untuk The Grifters (1991), American Beauty (2002), Being Julia (2005), The Kids Are All Right (2011).   5. LAURA LINNEY Dengan tiga kali pencalonan dalam resume kerjayanya, Laura juga dilihat menempah nasib yang sama. Tercalon untuk tiga filem sepanjang kerjayanya; You Can Count on Me (2001), Kinsey (2005) dan The Savages (2008).    6. SAOIRSE RONAN Walaupun tercalon untuk anugerah Oscar tahun ini untuk filem Little Women, namun aktres yang yang baru berusia 25 tahun ini dijangka tidak akan menang. Saoirse pernah tercalon untuk filem Atonement (2007), Brooklyn (2015) dan Lady Bird (2017).  Kredit foto Amy Adams (On Top): Getty Images North America