Related Stories
Datin X: Bila Mertua Bergantung Hidup Pada Menantu
See Also
Bangun pagi, Datin X mendapati pesanan ringkas di telefon masuk bertubi-tubi. Message dari seorang teman yang semalaman tidak boleh tidur memikirkan nasib anak perempuannya, Anis. Katanya, rumah tangga Anis sedang berantakan. Lalu Anis kini membawa diri bercuti mengelilingi dunia, bergembira bersama anak dan adik-beradiknya bagi mengubat hati yang sedang luka. Cepat-cepat teman itu tadi mengajak Datin X bertemu untuk sarapan sebagai sesi meluahkan perasaan.
Sambil mendengar kawan tadi mengeluh risaukan puteri tunggalnya, Datin X sibuk scroll di telefon laman Facebook milik Anis. Datin X tengok, elok saja Anis travel sekeluarga dari Paris ke New York, patah balik ke Hong Kong kemudian ke Bali. Habis satu entourage dengan beberapa pembantu dibawa untuk menjaga anak kecilnya. Daripada gambar-gambar yang dimuat naik, mereka anak-beranak nampak cukup happy. But behind closed door, siapa tahu. Betul tak?
Di rumah agam mereka yang tersergam megah di atas bukit, Anis dan suaminya dikatakan tidak lagi tidur sebilik. Jika ada majlis rasmi, mereka akan tetap hadir bersama walau terpaksa berlakon seperti tiada apa. Tapi semenjak dua menjak ini mereka sudah tidak lagi dilihat bersama. Ada sahaja alasan keduanya untuk tidak datang berpasangan. Ada satu majlis baru-baru ini, si penjemput diarahkan untuk menghantar kad secara berasingan. Nampaknya Anis tidak mahu lagi dirujuk sebagai ‘pasangan’.
Ibu Anis tak senang duduk apabila mengetahui rumah tangga anaknya itu semakin dingin dan lebih parah lagi apabila kedua-dua belah pihak tidak berbuat apa-apa untuk menyembuhkannya semula. Masing-masing ego tak mahu mengalah. Bila Anis ambil anak mereka dan dibawa bercuti tanpa meminta kebenaran, suaminya buat tak kisah sahaja. Sebab dia pun sibuk dengan kerja yang turut memerlukannya ke luar negara tanpa ada jadual tertentu.
“Bagaimana kalau nanti bercerai-berai? Apa jadi dengan Anis nanti? Dia tu bukannya pernah bekerja. Bagaimana dengan keperluan anaknya? Tahun depan dah nak masuk sekolah. Takkan nak masuk sekolah biasa-biasa saja? Makan pakai semua bagaimana?” Tak berhenti dia mengomel. Pada mulanya Datin X tak dapat tangkap apa yang cuba disampaikannya. Namun lama-kelamaan barulah Datin X faham.
Selama ini Anislah yang menyara keperluan seluruh keluarganya. Dari membiaya bisnes restoran ibu bapanya hinggalah perbelanjaan kolej luar negara buat dua adik lelakinya. Memang padanlah kawan Datin X itu resah gelisah. Mungkin dia takut ‘keistimewaan’ yang dia sekeluarga kecapi hari ini ditarik balik. Bila Datin X menegur secara berlapik, cepat-cepat dia menidakkannya dengan muka yang serba salah!
Datin X ada juga bertanya apa sebenarnya masalah rumah tangga Anis sampai boleh jadi macam ini. Kawan Datin X tadi seperti berat mulut nak memberitahu. Tetapi risik punya risik, barulah misterinya sedikit demi sedikit terungkai. Rupa-rupanya suami Anis tak puas hati dengan tabiat isterinya yang boros. Berbelanja macam tak ingat dunia. Beg sebiji berpuluh ribu harganya. Nak bercuti pun travel first class all the way. Bila dah tak berkerja, jadi bercutilah kerjanya. Bila pulang, bil yang terkumpul sentiasa mencecah enam angka. Setiap kali ditegur, tidak pernahnya Anis ambil serius. Malah dia akan tetap buat lagi!
Sudahlah begitu, Anis juga meminta suaminya menyokong perniagaan ibu bapanya dari segi wang ringgit. Restoran yang diusahakan bukan calang-calang. Lokasi dalam shopping complex tapi sayang tiada orang datang. Rupa saja eksklusif tapi gayanya bagai hidup segan mati tak mahu dan selayaknya ditutup sahaja sebab tak pulang model. Tapi oleh sebab mertua sendiri, dia tutup mata sebelah dan terus melabur dalam perniagaan yang merugikan itu.
Namun semenjak hubungan dengan Anis sudah semakin dingin, suami itu tadi turut menjauhkan diri daripada mentuanya; yakni kawan Datin X tadi. Padanlah gelisah semacam saja. Kalau menantu tak mahu lagi pump duit untuk restorannya, lalu bagaimana? Nak rolling duit, memanglah tiada langsung! Kata kawan Datin X itu, walau pun dia tak patut menyibuk dalam hal rumah tangga orang, tapi dia kena juga cari jalan bagaimana mahu memulihkan rumah tangga anaknya. Meminjam kata-katanya, ini bukan hanya mengenai Anis tapi juga mengenai survival dia sekeluarga!
Kawan Datin X sudah banyak kali cuba menasihati anaknya itu supaya berubah, beralah dan pujuk balik suaminya. Tapi Anis tu keras kepala, degil tak mahu dengar kata. Katanya, mana mungkin dia sengaja cari fasal kalau tidak dimulakan oleh suaminya terlebih dahulu. Ibu Anis menginginkan kepastian dan mahu anaknya berterus-terang.
“Dulu walau sibuk, dia akan bawa Anis bersama biar pun kena travel jauh-jauh. Sekarang nak jumpa sebulan sekali pun payah. Sudahlah macam tu, sekarang ni dia makin berkira. Macamlah Anis tak tahu dalam akaun bank dia ada berapa!” Dalam keadaan ekonomi goyah ini, ada logiknya sang suami kerja lebih keras dan lebih berhati-hati bila berbelanja. Ini bukan kes aniaya, tapi Anis ni saja mengada. Datin X sendiri sekadar mampu geleng kepala.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
BY GLAM Malaysia
Sep 26, 2025
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
BY Aizat Aidid
Aug 04, 2025
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
BY Yusairi Fitri
Apr 14, 2025
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
BY Siti Syahidah
Apr 15, 2022
Nadi Baru Le Roseau
BY Faizal Hadi
May 19, 2020
Towards The Sun
BY Faizal Hadi
May 13, 2020
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
BY Faizal Hadi
May 08, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
