Palet – Trivia Warna Mentari Senja
Trend – Simetri Alam Koleksi Versace Home Jungle
5 Warna Inspirasi Mediterranean Buat Kediaman Rumah
Sajian – Menu Makan Tengahari Terbaru di Pince & Pints Kuala Lumpur
Bentuk Gaya Praktikal
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Sajian – Pisang Karamel & Strawberi Bersama Sos Coklat

Sajian – Pisang Karamel & Strawberi Bersama Sos Coklat

Perjalanan kulinari Dato’ Fazley bermula saat dia diumumkan juara Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama. Kemahiran dan bakat dunia pastri dan manisan Fazley dipupuk oleh mentor yang juga juri Masterchef Malaysia, Chef Johari Edrus. “Dia menyatakan tidak ramai chef pastri dan manisan di Malaysia, terutamanya anak Melayu,” kata Dato’ Fazley. Beliau berbesar hati untuk berkongsi resipi pemanis mulut bersama GLAM Deko.

Pisang Karamel bersama Sos Strawberi Coklat Bahan A 4 biji strawberi 2 biji pisang 30gm gula perang 30gm mentega   Bahan B Sos Coklat 100gm coklat susu 80gm krim putar   Bahan C Sos Butterscotch 40gm gula perang 30gm mentega 90gm krim putar Secubit garam 1 batang biji vanila Cara Menyediakan
  1. Cairkan mentega bersama gula perang di dalam kuali. Masukkan pisang. Sirakan sebelah pisang sahaja sehingga lembut. Keluarkan pisang dan biarkan sejuk.
  2. Panaskan krim putar. Masukkan coklat susu dan biarkan seketika agar coklat mencair. Kacau sehingga adunan sebati.
  3. Cairkan mentega bersama gula perang di dalam kuali. Kemudian, masukkan krim dan pukul adunan sehingga sebati. Tambahkan biji vanila dan garam.
  4. Hidangkan kesemua komponen secara kreatif.