See Also
Jika sebelum ini, GLAM berkongsi checklist untuk pra seks, kali ini kami berkongsi checklist seks untuk pasca seks yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu hubungan intim anda bersama pasangan.
PASCA SEKS – After

1. MANISAN
Ya benar, dalam keadaan yang sudah mencapai kepuasan anda mesti mahukan sesuatu yang manis dan segar. Inilah masanya untuk menjamah aiskrim dan kek di atas katil! Kalau mahu lebih istimewa sediakan minuman sparkling gabungan soda dan jus buah yang masam. Ia bakal melegakan tekak anda dan juga memberi kesegaran setelah penat ‘beraksi’.
2. PERBUALAN DARI HATI KE HATI
Waktu selepas melakukan hubungan seks adalah masa yang sesuai untuk anda berborak lebih dalam bersama pasangan hidup anda. Inilah masa yang lebih relaks dan senang untuk anda bukakan cerita serta masalah anda, dengan suasana yang cozy, perbualan anda akan lebih mudah diterima dan diperbincangkan.
Baca juga: Checklist Seks ‘Before & After’- Bahagian 1
3. FILEM ROMANTIS
Buat anda yang kembali segar selepas melakukan hubungan seks, ini merupakan masa sesuai untuk menonton filem di televisyen. Sambil berpelukan bersama di ruang tamu atau pun di kamar, momen atau personal time ini pasti jadi lebih mesra dan baik buat perhubungan anda berdua.
4. MANDI BERSAMA
Setelah selesai tempat pertama yang akan anda kunjungi pastinya bilik mandi. Situasi di bilik mandi ini bukan sahaja tampak ‘kinky‘ tetapi ia juga bakal membuatkan anda mahu melakukannya sekali lagi! Inilah masanya untuk anda bermanja dan membersihkan badan pasangan anda sambil bermain dengan buih dan syampu!
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
