fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Fakta Menarik Pasangan Sehidup Semati Elfira Loy, Faris Khairol Anuar
Welcome to the Dior Garden
Quotes Paling Ikonik Yang Pernah Dilontarkan Karl Lagerfeld
Selamat Bersalin Anak Perempuan, Che Puan Sarimah Ibrahim Kini Bergelar Ibu
Pewaris Takhta Diraja Paling Muda Di Dunia
Home > Personaliti > Demi Lovato Has Found New Love!

Demi Lovato Has Found New Love!

Demi Lovato has a new beau in her life. Penyanyi itu dikatakan sedang hangat bercinta dengan bekas bintang Young and the Restless, Max Ehrich. E! melaporkan bahawa pasangan selebriti itu sedang hangat bercinta dan melakukan kuarantin bersama di rumah Demi kerana penularan wabak pandemik Covid 19 di seluruh dunia. 

Segalanya bermula apabila kedua pasangan selebriti ini dilihat mula bertukar-tukar flirty message di laman Instagram mereka baru-baru ini. “Max sangat gemarkan muzik dan kesihatan, dan dia tidak suka ke party,” kata sumber. “Dia memberi pengaruh yang baik terhadap Demi dan mereka mempunyai banyak persamaan. Keduanya telah menghabiskan banyak masa bersama tetapi ianya masih baru dan belum menjadi hubungan yang eksklusif lagi.

https://www.instagram.com/p/B-Fn3F_lc0s/

Demi dan Max memberi hint bahawa mereka sedang bercinta apabila Max memuat naik gambar shirtless hitam putih dengan caption  “when u realize u should’ve packed more for your quarantine stay ??‍♂️ have a blessed Monday filled with health, happiness, safety, joy, love, & laughter <3. Demi kemudian meninggalkan komen “Fine by me…”.

Max juga dikatakan telah memuat naik beberapa Instagram Story dia mengambil gambar bersama anjing kesayangan Demi iaitu Batman dan Ella, mengesahkan lagi bahawa dia kini sedang melakukan kuarantin di rumah penyanyi lagu I Love Me itu.

Demi Lovato sebelum ini bercinta dengan model Austin Wilson dan kemudian dikatakan putus setelah bercinta selama beberapa minggu.

Sumber : E! News dan gambar oleh Getty Image dan Shutterstock