Endometriosis & Kesihatan Mental – Jangan Menderita Dalam Kesunyian!
Korner Mak Datin: Datuk Galak Berjoli Bila Isteri Murah Hati
Breaking News: Baselworld 2020 Dibatalkan!
Tip Memilih Material Yang Sesuai Untuk Kabinet Dapur
“Find Your Fika” Bersama Nespresso Musim Perayaan Ini
Home > Datin X > Retorik > Pregnancy Sex: Is It Safe?

Pregnancy Sex: Is It Safe?

Setelah isteri disahkan mengandung terutama sekali hamil anak pertama, sudah tentu pasangan akan berasa sangat bahagia. Tetapi di dalam keseronokan menanti kehadiran buah cinta mereka, pasangan suami isteri dibelit rasa takut untuk berhubungan seks. Mereka bimbang sekiranya melakukan persetubuhan, ia akan menjejaskan kandungan. Menurut sumber, sebenarnya, seks ketika hamil adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan kepada ibu, bapa dan juga bayi di dalam kandungan.

1.Sememangnya biasa bagi ibu mengandung mengalami kekejangan serta sakit kepala yang melampau. Puncak nikmat atau klimaks ketika melakukan hubungan seks sebenarnya boleh membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.

2.Hormon yang berubah secara drastik membuatkan emosi wanita hamil tidak stabil. Hubungan seks bersama suami mampu menyelesaikan masalah ini sekali gus memperbaiki kesihatan mental isteri.

3.Kajian menunjukkan hubungan seks kala hamil dapat menambahkan bekalan darah ke bahagian rahim dan faraj. Dan ini baik untuk anak di dalam kandungan.

4.Sekiranya pasangan melakukan hubungan seks berhampiran tarikh bersalin, ia boleh melembutkan serviks dan membantu memudahkan proses kelahiran.

5.Hubungan seks ketika mengandung mampu menguatkan ikatan perkahwinan di antara suami dan isteri sehingga ada yang mengatakan suami akan jauh lebih mengenali dan memahami isteri secara zahir dan batin.

6.Ia juga membantu tumbesaran janin dan mengelakkan kelahiran pramatang.