Retorik: Industri Fesyen Lokal dan Masa Depannya
Oleh: Zaihani Mohd Zain
Terdapat banyak institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan program fesyen dan saya anggarkan graduan yang memasuki industri fesyen setiap tahun dalam angka ribuan. I don’t know whether to be proud or to be concerned at this development. Saya juga lulusan pengajian fesyen dan selepas menamatkan pengajian, saya menganggur selama dua tahun sebelum mendapat kerja. Di tahun 80-an, kemasukan pelajar ke program fesyen tidak ramai dan semeriah sekarang.
Untuk menjadi seorang pereka fesyen, seseorang itu mesti mempunyai minat yang mendalam, semangat dan stamina yang tinggi untuk mengharungi arus dunia fesyen. Untuk menjadi pereka fesyen berjenama sendiri, semua ciri-ciri di atas mesti ada ditambah dengan kecekalan, keikhlasan and last but not least tawakal.
Industri fesyen adalah satu bidang yang amat ‘dinamik’, dimana koleksi pakaian dipersembahkan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Semua ini dihasilkan dalam jangka masa enam bulan terlebih dahulu. Bayangkan tekanan yang dihadapi oleh setiap jenama besar seperti Chanel, Dior, Gucci dan lain-lain untuk memastikan penghasilan rekaan yang hebat pada setiap musim. Pernahkah anda terfikir every now and then label besar ni mengumumkan pelantikan creative director baru bagi menerajui hala tuju fesyen untuk jenama mereka? Selain mendiang Karl Lagerfeld di Chanel, rumah fesyen lain nampaknya agak biasa menukar creative director mereka setiap lima hingga tujuh tahun.
Saya bernasib baik dapat mengalami putaran perubahan fesyen ini secara first hand. Era 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan sekarang. Setiap era, mempunyai identitinya sendiri dari segi perjuangan, perkembangan, pencapaian dan ini secara langsung mempengaruhi hala tuju dan perkembangan fesyen masa itu. Untuk bertahan lebih satu dekad di dalam industri fesyen; jenama besar ini semestinya mempunyai strategi yang berkesan.
Mereka selalunya mengambil creative director baru untuk menyuntik pembaharuan dan kelainan kepada jenama mereka. Salah satu jenama yang dilihat membuat perubahan yang agak radikal ialah Carolina Herrera. Penggunaan fabrik baru, perincian dengan material baru dan gandingan bahan natural dengan teknologi baru. All this is done to ensure that the brand stays relevant! Jika Carolina Herrera tidak mengambil usaha untuk menambah baik produknya sekarang, mungkin dia akan ketinggalan zaman dan kehilangan bisnesnya dalam masa yang terdekat.
Kita kembali kepada senario fesyen tempatan. Keadaannya sama sahaja. Untuk seseorang pereka bertahan lama dalam industri, dia mestilah sentiasa relevan dengan trend semasa fesyen, kehendak pelanggan dan tuntutan pasaran. Untuk memastikan kita relevan, kita perlu bersikap terbuka. Buka minda untuk melihat dan menghargai perubahan estetik, menilai kecantikan dari beberapa perspektif. Sebelum memulakan proses rekaan untuk musim baru; semua ini perlu dipertimbangkan supaya hasilnya akan kelihatan segar dan menarik.
Jika siluet yang dihasilkan tidak berubah atau tiada kepelbagaian rekaan atau fabrik yang digunakan masih yang sama atau jenis perinciannya juga sama for the past 5 years; sedarlah bahawa ini adalah simptom yang tidak sihat yang harus ‘diubati’ secepat mungkin. Jika tiada usaha dibuat untuk membetulkan keadaan ini, mangsanya adalah pereka itu sendiri.
Saya tahu ada beberapa pereka fesyen tempatan yang memadam komen negatif yang diletak follower di Instagram. Ini amat bahaya. Ia mencerminkan sikap yang amat negatif dan juga kemungkinan pereka itu sedang mengalami satu krisis peribadi, in denial. Jangan percaya 100% pujian palsu dari kawan sekeliling, ia tidak akan membantu kita untuk menjadi lebih sensitif kepada keadaan yang sebenarnya.
Minda kita sebagai fakulti yang memproses dan mengeluarkan idea, adalah satu alat yang sungguh kuat. Kita boleh melatih minda kita untuk melihat, menilai dan menghargai kecantikan dari pelbagai perspektif. Ini memerlukan kesedaran diri yang tinggi kerana yang mempengaruhi keputusan kita adalah diri kita sendiri. Jika kita hanya berupaya menilai dan menghargai kecantikan dari perspektif diri kita sendiri sahaja, maka keadaan seperti di atas akan berlaku.
Jangka hayat kita sebagai pereka pula akan pendek. Tiada pembaharuan, tiada kelainan, tidak relevan, hasilnya, rekaan yang out of date. Mustahak bagi setiap pereka untuk melihat perubahan estetik yang berlaku di sekeliling mereka dan perlu menyerap dan mengguna nilai estetik baru ini di dalam hasil kerja tangan mereka. Jika tidak, tiada perkembangan kreativiti akan berlaku. Perlu ingat, kehadiran pereka-pereka muda di dalam industri fesyen setiap tahun dengan idea baru dan segar, adalah satu cabaran perlu diambil kira dengan serius. Amat senang untuk seseorang pereka untuk jatuh ke dalam ruang obsolete, irrelevant.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Nadi Baru Le Roseau
BY Faizal Hadi
May 19, 2020
Towards The Sun
BY Faizal Hadi
May 13, 2020
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
BY Faizal Hadi
May 08, 2020
Flip The Past & The Future
BY Faizal Hadi
May 07, 2020
Seven Ways Dengan Tata Gaya Infiniti!
BY Faizal Hadi
May 07, 2020
Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik
BY Wan Firdaus
Apr 29, 2020
Datin X: Affair Di Hujung Usia
BY Fara Adilla
Apr 28, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
