fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
10 Soalan Bersama Rizalman Ibrahim
Samsung Galaxy S20: Ciri Eksklusif Yang Anda Perlu Ketahui
Pewaris Takhta Diraja Paling Muda Di Dunia
Datin X: Suami Lari Dengan Kawan Baik Anak Sendiri
Retorik – Membunuh Kebahagiaan Dalam Diam
Home > Personaliti > Katy Perry: “It’s A Girl!”

Katy Perry: “It’s A Girl!”

Selepas Katy Perry mengumumkan kehamilannya, dan semalam Katy Perry mengumumkan satu lagi berita gembira bahawa dia dan tunangnya, yang juga pelakon tampan Orlando Bloom bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Roar dan juga juri dalam rancangan American Idol itu berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto wajah Orlando disaluti krim kek berserta kapsyen ‘It’s a girl’.

https://www.instagram.com/p/B-i0HZ7HaFw/

7 Mac lalu, Katy mendedahkan dia kini sedang hamil menerusi video klip eksklusif terbarunya yang bertajuk Never Worn White, dan sejurus selepas video muzik tersebut dilancarkan, Katy Perry dan Orlando Bloom meluahkan rasa gembira menerusi IG Live mereka, menyatakan rasa bersyukur mereka berdua bakal dikurniakan cahaya mata.

Rata-rata ramai peminat mereka terkejut dan gembira dengan perkhabaran ini dan berharap semuanya berjalan lancar untuk Katy dan Orlando.