Sentuhan pereka tersohor Jean Nouvel untuk melengkapkan lokasi berprestij Philharmonie De Paris dengan rangkaian kelengkapan kamar kecil jenama Duravit sememangnya gabungan terbaik. Bangunan ikonik yang direka oleh Jean Nouvel ini dirasmikan pada tahun 2015 bukan sebarang lokasi konsert, ia merupakan ruang konsert terbesar yang terdapat Paris.

Jika dilihat dari jauh, bangunan setinggi enam tingkat ini indah dibaluti facade aluminium bersama motif burung sebanyak 340,000 yang kelihatan berkilau seakan sisik ikan. Namun dalam masa yang sama kontur bangunan ini begitu gemilang dengan gayanya yang tersendiri. Bergantung dari sudut mana anda melihatnya, ia kelihatan sama ada seperti sebuah kepingan batu bersaiz dempak ataupun seakan topi sang lanun yang mengemudi bahtera di lautan.
Terletak di Parc de la Villette yakni di timur laut bandar ternama ini, bangunan yang mengangkat gaya rekaan futuristik ini menjadi pusat untuk pendidikan muzik dan 15 kamar latihan berbeza saiz. Di tengah-tengah bangunan ini menempatkan dewan konsert besar yang mampu menampung sehingga 2,400 penonton dalam satu masa. Terdapat juga beberapa ruang makan yang menjadikan panorama kota Paris dari pelbagai sudut berbeza sebagai pemandangan saat menjamu selera. Keunikan rekaan bangunan ini juga terlihat pada rekaan balkoninya yang tersebar pada kedua-dua tingkat bangunan ini. Ia digelar sebagai ‘immaterial sheets of music and light’. Bentuknya yang bujur menjadikannya pemandangan sempurna buat pentas utama untuk dinikmati dari beberapa galeri yang direka free floating. Arkitek ternama ini turut pernah mereka dewan konsert dan rumah opera tersohot di negara lain antaranya di Lyon, Lucerne dan Copenhagen.

Duravit dijemput untuk menyempurnakan nada rekaan dalaman khusus untuk kamar kecil. Dengan memilih tiga rangkaian produk berbeza untuk ruang ini setiap satunya. Seleksi sinki Vero yang mengangkat gaya elegan menjadi pilihan utntuk memperindahkan dengan rekaan yang menggabungkan rasa moden dan klasik dalam suatu rekaan. Manakala di dewan konsert turut menampilkan ruang air kecil yang menggunakan Starck 1 dan Starck 3 yang merupakan idea pereka ternama Philippe Starck.

55 bolivar
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
