Jada Pinkett Smith & 5 Lagi Jelitawan Yang Menghidap Alopecia
Tindakan Will Smith menaiki pentas Oscar dan menampar Chris Rock kerana mempersenda penampilan isterinya menggemparkan internet, sekali gus mengundang perhatian terhadap alopecia.
Penyakit alopecia adalah masalah keguguran rambut atau bulu di seluruh badan yang teruk sama ada secara kekal atau sementara. Tiada penawar untuk penyakit ini namun rambut mampu tumbuh semula dengan bantuan rawatan yang tepat.
Sejak 2018 Jada Pinkett Smith lantang bersuara mengenai pergelutannya dengan masalah keguguran rambut dan menggambarkan ia sebagai satu pengalaman mengerikan.
Namun dia bukan satu-satunya selebriti yang mengalami masalah ini. Glam senaraikan beberapa lagi bintang Hollywood yang turut menderitai alopecia selama bertahun-tahun.

Foto: Getty Images
Tyra Banks
Dalam temu bual bersama Wall Street Journal pada 2011, supermodel dan hos Dancing With The Stars ini bercakap mengenai impak tekanan terhadap ‘mahkotanya’. Ketika itu dia sibuk membahagikan masa untuk menulis novel pertamanya berjudul Modelland dan menjalani penggambaran Top Model.
Tyra berkongsi mengenai tahap tekanan yang dialami dan bagaimana dia mengabaikan pemakanan sehingga memberi kesan terhadap rambutnya. “Bagaimana saya ingin jelaskan kepada anda tanpa mengalirkan air mata? Saya mengalami alopecia disebabkan tekanan,” katanya.
https://www.instagram.com/p/CTdq2zinq0f/?utm_source=ig_embed&ig_rid=59a9cc2c-baca-4d18-b321-87c3293e58c4
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
