5 Jenama Penjagaan Kulit Yang Mesra Bumi
6 Gaya Rambut Harian Chic Boleh Anda Gayakan
Menemukan Ketenangan Kulit Dengan Bahan Semulajadi, Cica
Yes! We Need The Best Face Masks
GBC Love Wellness: Rambut Gugur Bukan Masalah Biasa, Ia Tanda Rambut Stress
Home > Cantik > Ilusi Bibir Mungil Bersama Hermèsistible

Ilusi Bibir Mungil Bersama Hermèsistible

Terpesona dengan nuansa palet Hermèsistible penuh keriangan malah cipta ilusi bibir lebih mungil dan seksi.

Hermès Beauty kembali dengan barisan penjagaan rapi bibir iaitu Lip Oils menerusi Hermèsistible. Hanya dengan enam pilihan warna sudah cukup menambat hati wanita seluruh dunia. Sesuai dengan perkembangan dunia semasa, terutama dunia kosmetik yang menumpukan kepada booster tambahan dalam penjagaan tubuh badan termasuklah kosmetik. Yang kini semakin rancak menggabungkan formula penjagaan kulit bersama barangan kosmetik.

Hermèsistible adalah gabungan sentuhan terbaik kala menjaga permukaan bibir disebalik menyerlahkan bentuk bibir agar tampak bersinar dan segar. Pilihan enam warna seperti spiced rosewood, sunny coral, fresh pink, crisp red, light-filled beige dan sparkling purple memberi sentuhan segar, semula jadi dan yang paling utama adalah senyuman makin bersinar cantik.

Seperti berada di kebun buah-buahan segar, buahnya dipetik lalu diperah segar, jusnya manis membias emosi kala anda menyalap lembut Hermèsistible yang diperbuat dari bahan semula jadi. Tekstur minyak yang menyenangkan dan meninggalkan kesan bibir lembut dan bersinar.  Bibir lebih terbelai lembut, terhidrasi, tampak tebal dan segar.

Menurut pencipta Hermès Beauty, Pierre Hardy gambaran buat Hermèsistible merupakan satu objek cukup menggembirakan dan riang. Dengan bentuk lutsinar kaca dan diperbuat daripada 14 % bahan kitar semula serta 100% kaca kitar semula, barisan Hermèsistible adalah paling teristimewa. Ianya refleksi kepada semangat segar dan unik. Pemilihan penutup berona putih menyentuh elemen utama Rouge Hermès. Rekaan aplikasi produk cukup mudah digunakan dan sangat lembut apabila terkena pada permukaan bibir.

https://www.instagram.com/tv/CeN__6IgPeR/?utm_source=ig_web_copy_link Artikel berkaitan: GLAM Obsesi: 10 Carre Hermes Musim Bunga 2022