Anne Hathaway Kongsi Kisah Di Sebalik Gaya Ke NYFW
Baru-baru ini Anne Hathaway berkongsi kisah di sebalik gayanya sewaktu di NYFW yang menyerupai “Andy Sachs”, wataknya di dalam “The Devil Wears Prada”.
Melalui tembual Anne Hathaway bersama TODAY, pelakon wanita popular ini langsung tidak merancang untuk menggayakan serupa watak popularnya itu. Malah, ia merupakan kejadian yang tidak disangka-sangka,
Ianya kejadian yang tidak seperti yang disangkakan. Saya sepatutnya menyarung persalinan lain. Namun, malangnya kasut yang seharusnya dipadan bersama tidak muat. Dan apa yang saya gayakan pada hari itu adalah persalinan tambhan lain. Ketika itu datang penata gaya rambut saya yang sungguh baik malah kami belum pernah bekerjasama. Dia langsung berkata pada saya, ‘Oh, saya tahu apa hendak buat.’ Dia memilih untuk menggayakan ponytail pada saya. Dan bila tengok ke cermin, terus terdetik, terasa kelakar kerana saya tidak yakin akan ada orang di minggu fesyen itu perasan akan kehadiran saya dengan gaya sebegini.

Namun tidak disangka sendiri Anne Hathaway, malah terkejut kerana sebenarnya ramai yang memberi perhatian dan seperti yang kita tahu, she was the talk of the event! Ketika itu, Anne yang menghadiri acara Michael Kors menggayakan baju turtleneck rona hitam dan dipadu Bersama jaket kulit buaya, memang seakan Andy Sachs dalam filem tersebut. Malah gaya rambut bangs nya itu yang menambahkan lagi perencah kepada keseluruhan gayanya.
Pada hari pertunjukan fesyen Michael Kors Spring 2023 yang berlangsung pada September yang lalu itu menampilkan ramai selebriti popular antaranya seperti Vanessa Hudgens, Serena Williams, Dahyun TWICE dan ramai lagi. Namun, mata-mata tetamu yang hadir menjadi terpukau dengan ketibaan wanita ini. Malah Anne turut ditempatkan bersebelahan dengan Anna Wintour, Editor majalah Vogue sepanjang pertunjukan fesyen itu.
Hati terus terasa rindu untuk menonton kembali “The Devil Wears Prada” ini. Kisah yang menceritakan bagaimana Andy Sachs yang merupakan seorang wartawan sebelum berpindah kerja ke dalam industri fesyen. Bekerja sebagai penolong peribadi kepada Miranda Priestly, Editor kepada majalah fesyen, Runway. Bekerja siang dan malam tanpa henti sehingga mengabaikan teman-teman sekeliling, hanya untuk membahagiakan hati majikannya itu.
Sudahkah anda menonton filem ikonik ini?
Pautan berkaitan: Meghan Markle Dijadikan Bahan Jenaka Oleh Pengarang Diraja
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
