Trend solekan tebal masih menjadi pilihan. Namun kala bersolek tebal, harus diingat betapa pentingnya juga untuk mengekalkan kulit wajah mulus.
Alicia Keys pernah mendedahkan kepada umum yang dia tidak lagi bersolek apabila berhadapan khalayak ramai tidak kira sama ada kala membuat persembahan ataupun melewati karpet merah. Meski ramai yang menganggap wajah yang sempurna itu lebih cantik setelah berlapiskan mekap tebal, namun kesihatan kulit yang selama ini anda layangkan benda asing demi meliputi segala cacat cela pada wajah itu haruslah dipandang berat. Nampaknya dunia kecantikan kini sudah mula menekankan betapa pentingnya penjagaan kulit wajah. Pun begitu, masih ada yang memandangnya remeh dan tidak melihat kepentingan untuk memiliki kulit yang bersih, halus dan mulus. Remaja yang baru ingin mengenal dunia, sibuk menghabiskan duit membeli pelbagai jenis mekap daripada bedak asas hinggalah ke colour corrector. Pengaruh media sosial dan internetlah antara yang menjadi punca utama mengapa masyarakat semakin obses dengan solekan tebal hari ini. Sebenarnya, tiada salah untuk melawa dan mengekspresikan diri menerusi stail solekan tersendiri tetapi harus berpada-pada. Bersolek tetapi tidak membersihkan wajah dengan sempurna akan mengundang kepada masalah kulit. Dan jika tidak dirawat, ianya akan menghantui kulit anda sehingga ke usia tua. Salah satunya, sudah tentu masalah jerawat. Ia mudah hinggap sehingga mampu meninggalkan parut yang ketara. Kita tidak mahu masalah ini menghantui anak remaja. Sebaiknya mereka ini harus diasuh untuk menjaga kebersihjan kulit terlebih dahulu serta bersederhana kala bersolek. Mereka juga perlu didedahkan dengan pemilihan produk yang betul, bersesuaian dengan kulit muka masing-masing. Apabila berbicara tentang penjagaan wajah, pemakaian produk yang salah juga akan mengundang masalah pada kulit. Kita semua perlu prihatin pada kehendak kulit wajah kita. Fahami dan sedari, mempelajari kondisi kulit sendiri sebenarnya mengambil masa yang sangat lama. Jadi, jika anda belum selami betul-betul, jangan menambahkan lagi masalah kulit anda. Love your skin better than your makeup… barulah kulit akan kekal cantik meski usia cecah 50 tahun! Pautan Berkaitan: Jared Leto – Dari Industri Hiburan Ke Dunia KecantikanAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
