GLAM Memilih 5 Stail Terbaik Pelakon ‘Emily in Paris’ Lily Collins
SIRI NETFLIX KESUKAAN FESYENISTA ‘EMILY IN PARIS’ KEMBALI UNTUK MUSIM KETIGA. DALAM PADA MASA ITU, PELAKON UTAMANYA, LILY COLLINS AKTIF MEMPROMOSIKAN SIRI TERSEBUT. MENGAMBIL PELUANG UNTUK TAMPIL STYLISH DALAM VARIASI BUSANA. GLAM MENGINTIP DAN MEMILIH LIMA STAIL TERBAIK LILY COLLINS KALA GIAT MERANGKA PROMOSI ‘EMILY IN PARIS’ MUSIM KETIGA.
GLAM rasa teruja kerana siri Netflix ‘Emily in Paris’ musim ketiga sudah mula ditayangkan. Hampir setahun menunggu babak baharu siri kegemaran ramai ini, akhirnya kita dapat mengetahui kisah Emily dan rakan-rakan lain yang seterusnya. Adakah anda ingat, yang mana ramai orang mengkritik cara berpakaian Emily Cooper (lakonan Lily Collins) sewaktu musim pertama? Banyak yang menghentam dan mengutuk penampilan Emily sewaktu itu baru mula menetap di kota Paris. Namun, memasuki musim kedua, penampilan Emily bertambah baik dan lebih playful, sesuai dengan karakternya yang lincah juga pekerjaannya yang fun.
Sebelum ‘Emily in Paris’ musim ketiga ditayangkan di Netflix secara rasmi, Lily Collins bersama rakan sekerjanya, seperti Ashley Park, Lucas Bravo, Camille Razat dan Lucien Laviscount giat mempromosikan siri tersebut. Pelbagai acara dan rancangan temu bual dihadiri oleh mereka. Bertujuan untuk merancakkan lagi tayangan musim ketiga dan pastinya membuat penonton untuk tidak sabar mengetahui kesudahan hubungan antara Emily, Gabriel dan Alfie.
Dalam sepanjang rangka promosi musim ketiga, Lily Collins dirakam memakai variasi busana dalam pelbagai penataan gaya. Pelakon berusia 33 tahun itu telah menonjolkan penampilan yang segar dan penuh gaya. Sama ada dalam gaun Saint Laurent yang labuh sampai ke lantai (sewaktu di Paris) atau kot kasmir hitam Max Mara dengan gaun slip renda hitam dibawahnya, Collins berjaya melangkah ke era glamor gadis Perancisnya, menawarkan perspektif gaya Parisian yang lebih sofistikared berbanding wataknya dalam ‘Emily in Paris’.
GLAM mengamati penampilan Lily Collins baru-baru ini, berikut lima stail Collins yang GLAM suka…
- BERSAMA ASHLEY PARK MEMAKAI GAUN SAINT LAURENT

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
