Eksplorasi Aroma Feminin Good Girl Blush
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioKembara istimewa bersama Carolina Herrera di Suria KLCC yang menempatkan ruangan pop-up khas aroma baharu Good Girl Blush.

Carolina Herrera sekali lagi menyempurnakan misinya dalam penjelmaan wanita yang berani. Untuk episod baharu buat wangian Good Girl Eau de Parfum, koleksi terkini Good Girl Blush Eau de Parfum merupakan taruhan pertama yang terserlah ledakan kontras berani. Dengan melalui aroma sensual vanila penuh romantis. Inspirasi aroma feminin powdery berbunga ini mencetus kisah Good Girl berbeza.

Wajah kempen, supermodel Karlie Kloss bersinar yang kembali dengan semangat personikasinya mengenai Good Girl. Semangat ini ditransformasikan kepada dekorasi serba feminin untuk ruang pengaktifan pop-up Good Girl Blush yang terletak di Aras Bawah Rotunda Ramlee, Suria KLCC. Di ruang esklusif ini, turut menempatkan van vintaj merah jambu yang dibaluti dengan logo Good Girl Blush serta membawa koleksi lengkap Good Girl.

Sambil mendekati koleksi baharu Good Girl Blush dan beberapa pilihan eksklusif daripada rangkaian Good Girl Eau de Parfum. Seperti Good Girl Suprême, Very Good Girl dan Very Good Girl Glam. Anda juga boleh bermain Spin the Wheel untuk memenangi sampel percuma wangian dan sekuntum bunga berona merah jambu. Sebagai pelengkap hari anda bersama Carolina Herrera.
Koleksi terkini Good Girl Blush merupakan taruhan pertama yang mempunyai ledakan kontras berani
Bersama GLAM, tetamu istimewa yang turut meluangkan masa kembara bersama Good Girl Blush. Aktres cantik dan personaliti, Che Puan Syamim Farid dan bintang media sosial Sohair Shoba sangat teruja dengan kembara mereka. Malah, punya pandangan tersendiri mengenai haruman baharu Good Girl Blush. Menurut Che Puan Syamim Farid, aroma Good Girl Blush adalah sweet dan boleh digunakan untuk kegunaan harian samada siang dan malam. Buat penggemar utama wangian Carolina Herrera untuk koleksi Good Girl, dia menganggap koleksi terbaru ini lebih feminin, powdery dan juga segar. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai koleksi baharu Good Girl Blush sila layari Sephora Malaysia.
Artikel terkini Karlie Kloss Sebagai Good Girl Terbaru Carolina Herrera
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
