Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Empat Jelitawan Bergaya Indah Bersama Jam Tangan Hublot
Empat Jelitawan Bergaya Indah Bersama Jam Tangan Hublot
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Oct 18, 2023
Hublot menawarkan koleksi jam tangan yang mampu menzahirkan rasa kuasa dalam nada sensual dan semangat kewanitaan.
Elegan dan berinovasi, itulah kunci gaya penting bagi Hublot. Maka bagi terus meraikan koleksi jam tangan mewah ini, GLAM menjemput empat wanita kota buat menzahirkan rasa sebenar bergaya dengan himpunan mewah jenama jam tangan berinovasi tinggi ini! Elisya Sandha menyarungkan jam tangan Hublot Big Bang One Click Rainbow King Gold 39mm. Jam tangan Hublot Big Bang One Click Rainbow King Gold mampu menzahirkan rasa mood yang ada dalam diri. Tidak kisah dengan apa juga helaian busana, ia boleh menaikkan seri kewanitaan kerana taburan permata yang pelbagai rona. Lapan warna memberikan irama visual tersendiri yang berjalan dari dail ke bekas jam tangan mewah ini. Menambah nilai playful adalah pada tali jam tangan yang menggabungkan estetika getah bersama kemasan kulit buaya. Teknologi One Click memudahkan untuk menukar tali mengikut mood kamu! Datin Elvina Mohamad memilih jam tangan Hublot Spirit of Big Bang Steel White Pavé 32mm. Gabungan tradisi dan inovasi yang cukup tinggi, maka lahirlah koleksi jam tangan Hublot Spirit of Big Bang. Ia adalah kesinambungan daripada himpunan jam tangan Big Bang yang telah lama kukuh di dalam carta Hublot. Rekaan bersegi diperkenalkan buat koleksi Spirit of Big Bang dan diindahkan bersama 96 butir berlian pada bekas jam tangan ini. Ia mempunyai ketebalan 11.10mm dan keluasan dail 32mm. Turut dikuasakan dengan sistem One Click bagi memudahkan penukaran tali jam tangan. Nora Danish bergaya dengan jam tangan Hublot Classic Fusion King Gold Diamonds 38mm. Nada elegan yang cukup memukau adalah kunci penting buat jam tangan Hublot Classic Fusion King Gold Diamonds 38mm. Bekas jam tangan ini diperbuat menggunakan emas King Gold yang ikonik buat jenama ini bersama diberi kemasan satin yang cukup bersih. Bagi memberi aura elegan kepada wanita, jenama ini juga menawarkan dail dalam rona hitam kelam lalu setiap butiran berlian yang ada mampu bersinar dengan sempurna. Azira Shafinaz memakai jam tangan Hublot Classic Fusion Chronograph Orlinski Titanium 41mm. Bagaikan satu arca seni yang cukup unik, itulah taruhan Hublot buat jam tangan Hublot Classic Fusion Chronograph Orlinski Titanium. Apatah lagi ia hadir dalam saiz 41mm yang mampu duduk selesa diatas pergelangan tangan wanita. Keunikan jam tangan ini juga terletak pada kemasan titanium yang ada pada bekas jam tangan. Pertama kali diperkenalkan pada 2017, jam tangan ini adalah garapan idea kreatif bersama Richard Orlinski dan terus mara dengan gaya-gaya baharu. Artikel Berkenaan: Warna Pelangi Beri Simbol Optimis Pada HublotSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Masa Terindah Ameera Khan Tatkala Beraya
BY Aizat Aidid
Apr 06, 2026
Wanita Perintis Yang Menawan Langit: Kisah Berani ...
BY Farhana Fuad
Feb 26, 2026
Cerita Masa di LVMH Watch Week 2026
BY Farhana Fuad
Jan 28, 2026
24 Jam Tanpa Henti, Satu Legasi Yang Tidak Pernah ...
BY Farhana Fuad
Jan 28, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026








