Hadiahkan Si Cinta Hati Berlian Paling Mewah Pilihan GLAM
Double The Luck, Double The Love… Manjakan yang tersayang dengan set berlian indah sebagai pemberian mewah tanda cinta anda pada si dia.
Koleksi Estrella Ventura
Hujung tahun kian tiba, maka ramai yang mula teruja kerana musim pemberian hadiah juga bakal bermula. Dalam kesibukan mencari pilihan-pilihan hadiah ideal untuk diberikan pada yang tersayang, jangan juga dilupakan pemberian buat diri sendiri. Kata orang, waktu inilah masanya untuk membelanjakan diri, menghargai usaha sepanjang tahun.
Jika anda ingin memanjakan diri mahupun insan tercinta, sudah tentu kami menyarankan anda untuk mendapatkan koleksi hadiah mewah seiring glamor buat si dia. Dan semestinya, perhiasan diri seperti berlian menjadi hadiah paling ideal bagi membahagiakan hati seorang wanita.
Koleksi Estrella Ventura
Merai dengan memanjakan salutan batu berlian yang terbaik dan bermutu sudah tentu membuatkan sesiapa sahaja yang menerimanya jadi teruja dan bakal kekal mengulit di dalam memori selamanya. Bukan itu sahaja, sarungan berlian menghiasi leher jinjang, pergelangan tangan, telinga juga jari manis mampu menyerikan setiap inci personaliti wanita.
Koleksi paling ideal pilihan GLAM sudah tentu berlian terkini daripada Estrella Diamond. Siri Estrella Ventura dan La Luna, hadir dalam ketukangan yang tiada tandingan. Dengan kredibiliti dalam dunia berlian selama 20 tahun lamanya, siri ini adalah antara siri yang mempamerkan koleksi yang kreasi berlian terbaik dengan himpunan batu berlian natural serta permata asli.
Koleksi Estrella Ventura
Setiap koleksinya mempamerkan potongan luar biasa dan ideal serta dijamin ketukangan gred kelas pertama. Buat wanita glamor yang menyarungkan koleksi istimewa ini, pasti akan terserlah kekuatan juga keanggunan peribadi diri. Sudah pasti ia bakal mencipta makna dan memori mendalam sebagai hadiah yang terbaik daripada anda buat si dia tercinta.
Cipta Kebahagiaan Bersama Estrella Ventura dan La Luna, Berlian Ideal Merai Yang Tercinta
Dekati dua koleksi istimewa daripada Estrella Diamond ini bersempena merai hujung tahun bersama yang tercinta.
#1 Koleksi Estrella Ventura

Menjanjikan desain yang melambangkan tuah melalui kreasi berliannya. Koleksi ini mencerminkan tenaga yang positif serta kebahagiaan. Direka dengan amat teliti langsung memberikan sentuhan nikmat takdir lalu mengubahnya menjadi sesuatu yang lebih daripada sekadar sarungan cincin permata. Perhiaskan diri dengan koleksi Estrella Ventura di mana rahmat akan sentiasa menemani anda. Ensembel ini mampu mengubah setiap saat ibarat sebuah selebrasi indah, menyuntik daya tarikan edgy dan ketabahan dalam diri.

Koleksi Estrella Ventura
#2 Koleksi Estrella La Luna

Desain yang indah bak melangkah ke alam impian, koleksi Estrella La Luna diperkenalkan bagi merai wanita-wanita hebat hari ini. Sebuah koleksi yang hadir dalam kreasi dengan maknanya tersendiri. Desain yang menangkap intipati gerhana bulan yakni peristiwa astronomi dalam mempamerkan keindahan simbolik rasa cinta yang mendalam. Jika anda memandang terus setiap aksesori berlian koleksi ini, anda bagai menyelami keajaiban abadi. Inspirasi daripada mistik dan drama gerhana bulan, sambil menikmati transformasi langit malam yang paling menawan dengan cahaya bulan yang menerangi bayang, inilah koleksi yang mampu membuai dan memberi pengalaman kosmos tiada bandingan.

Koleksi Estrella La Luna
Luangkan masa untuk kunjungi laman rasmi Diamond & Platinum bagi mendekati koleksi berlian Estrella terkini. Dan bersempena meraikan ulang tahun Estrella Diamond yang ke-20, anda turut dapat melihat koleksi berlian mewah dengan potongan paling ideal serta berkualiti terbaik dunia dicipta jenama ini.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.






