Evolusi Gaya Puteri Diana, Dari Stail Konservatif Ke Ikon Fesyen
Ketika berkahwin dengan Raja Charles III pada 1981, Puteri Diana mengakui dia hanyalah seorang wanita biasa yang tidak pandai bergaya.
Ketika itu apa yang ada dalam gerobok pakaiannya hanyalah sehelai gaun labuh, sehelai kemeja sutera dan sepasang kasut. Sewaktu kematiannya pada 1997, Puteri Diana bukan sahaja amat bergaya malah digelar ikon paling glamor pada lewat abad ke-20.
Walaupun pilihan fesyen bekas Puteri Wales ini amat berpengaruh pada 80-an dengan sut tartan, gaun wanita hamil berkolar dan pad bahu besar yang ditiru seluruh dunia, hanya pada tahun 90-an dia menemui formula fesyen yang benar-benar serasi dengan dirinya.
Bagaimanapun stailnya turut berubah sepanjang dekad itu. Perceraian dengan Raja Charles pada 1996 menandakan titik perubahan bagi estetika Puteri Diana. Dengan bantuan penata gaya dan rakannya Anna Harvey, dia mentransformasi koleksi pakaiannya. Baju panas rona pastel dan blaus lengan kembang digantikan dengan blazer, celana denim potongan lurus dan kasut loafers. Malah rambutnya juag diberi potongan baharu.
Bebas daripada ‘kawalan’, dia tampil lebih anggun berbanding sebelumnya dan menyantuni pereka baharu seperti Gianni Versace dan Jacques Azagury. Jacques turut menghasilkan gaun renda Chantilly dengan potongan leher luas untuk ulang tahun kelahirannya yang ke-36. “Itu adalah caranya untuk berkata dengan lantang bahawa dia kini boleh menyarung persalinan hitam dan melakukan apa sahaja yang dimahukan,” kata Jacques.
“Puteri Diana kelihatan hebat dan gembira dengan kehidupannya pada musim panas itu. Gayanya benar-benar melambangkan French Riviera, namun lebih glamor. Anda dapat merasakan yang dia teruja kerana akhirnya dia dapat mengawal kehidupannya sendiri,” kata Eloise.
Foto: Getty Images/WireImage
Baca: Evolusi Fesyen Meghan Markle: Dari Pentas Hollywood Ke Dunia Diraja

Cita Rasa Fesyen Puteri Diana Sejak Kembali Solo
Selepas bercerai, semua pilihan fesyen ibu kepada dua cahaya mata ini lebih berani dan menyerlahkan susuknya yang langsing. Bebas daripada peraturan ketat yang melarang kerabat Diraja mendedahkan terlalu banyak kulit, dia kelihatan bagaikan bintang kelas-A dalam apa jua persalian yang disarung. Dari gaun lembut sutera (rekaan pertama John Galliano untuk Dior yang digambarkan sebagai ‘pencetus publisiti terbesar dalam sejarah fesyen’) kepada pakaian gim iaitu celana pendek, baju sejuk dan kasut sukan, kombinasi ini masih memberi inspirasi kepada pencinta fesyen dan selebriti sehingga ke hari ini. Selepas terpaksa menguruskan ego Raja Charles selama bertahun-tahun, Puteri Diana akhirnya bersedia mengambil alih kehidupannya sendiri. Ini terserlah dalam pilihan pakaiannya selepas bercerai.
“Saya suka semua koleksi office wear 90-an miliknya. Ciri minimalnya menunjukkan bahawa dia mahu menjadi seorang puteri yang bekerja. Dia tampil luar biasa dalam sut. Ia mungkin nampak konservatif tapi tidak sama sekali. Dia kelihatan seperti Ally McBeal versi seksi,” kata Eloise Moran, pengarang The Lady Di Look Book.Puteri berjiwa rakyat ini tampil paling memukau pada musim panas terakhirnya, kala dia berlayar ke Mediterranean bersama teman lelakinya, Dodi Fayed. Celana pendek biru kelasi dan gaun anggun melambangkan kesederhanaan gayanya ketika itu. Gaun cetakan haiwan dan baju mandi rona biru-hijau yang dipakainya bersama sarung sedondon pula menunjukkan kuasa dan kekuatan semula jadi dirinya.
“Puteri Diana kelihatan hebat dan gembira dengan kehidupannya pada musim panas itu. Gayanya benar-benar melambangkan French Riviera, namun lebih glamor. Anda dapat merasakan yang dia teruja kerana akhirnya dia dapat mengawal kehidupannya sendiri,” kata Eloise.
Foto: Getty Images/WireImage
Baca: Evolusi Fesyen Meghan Markle: Dari Pentas Hollywood Ke Dunia Diraja
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026