Tommy Hilfiger x Gigi Hadid Di Venice Beach Diberi Sambutan Meriah Sekali Lagi

Gigi Hadid dan Tommy Hilfiger semasa pertunjukan fesyen di Venice Beach, CA
Foto: INSTARimages.com
Koleksi kedua hasil kolaborasi Tommy Hilfiger dan model media sosial Gigi Hadid kali diinspirasikan oleh model itu sendiri dan kerana itu juga Tommy Hilfiger mengadakan pertunjukan fesyennya di Venice Beach yang merupakan tempat kelahiran Gigi.
Koleksi ini turut diinspirasikan oleh gabungan elemen-elemen fesyen, Americana dan juga muzik.
[envira-gallery id=”61908″]
Suasana pertunjukan mereka kali ini juga seperti sama dengan pertunjukan mereka sebelum ini dengan vibe festival yang menampilkan tarikan karnival, makanan-makanan menarik, food truck dan persembahan di pentas besar oleh Fergie dan Lion Babe.
Tommy telah menghasilkan dunia baru untuk mereka yang hadir ke pertunjukannya agar mereka boleh menikmati dan merasai semangat Tommy Hilfiger yang sejati.
[envira-gallery id=”61909″]
Koleksi Tommy x Gigi kali ini banyak menggunakan warna-warna merah, putih, dan biru. Mereka juga turut menampilkan ceraian-ceraian seperti seluar pendek denim, dress-dress bohemian, kemeja polo, hoodies, baju sulaman dan juga pakaian renang.
[envira-gallery id=”61910″]
Pertunjukan fesyen Tommy x Gigi kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti, teman-teman dan ahli keluarga mereka.
[envira-gallery id=”61911″]
Apabila ditanya mengenai kemungkinan Tommy untuk berkolaborasi lagi bersama Gigi, beliau memberikan jawapan yang mudah, “Ya, sudah tentu.”
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
