Are You Pop Enough for This?

Sinergi indah mainan Camille Walala dan Emporio Armani menghasilkan seni kaleidoskop baru.
 

Bagaikan satu sinergi yang cukup indah, itu mungkin bisa dapat di rungkai buat kolaborasi di antara Emporio Armani bersama Camille Walala. Sorakan grafik menjadi inti pati utama buat seni yang direka khas oleh Walala bagi meraikan koleksi aksesori Emporio Armani musim luruh 2016 ini. Bersikap cukup playful, setiap enam seni yang direka secara eksklusif ini disimbah dengan rona-rona berani yang mana sudah menjadi paksi seninya. Walala bagaikan mencipta ilusi optik melalui seni yang direka ini lantas memperlihatkan objek bersaiz gergasi. Lalu membuatkan barang aksesori Emporio Armani ini tidak tenggelam di sebalik rona-rona berani tersebut.

 

Emporio Armani mementaskan koleksi yang merai seni grafik ini. Tidak terhenti kepada helaian yang indah dalam corak grafik malahan setiap barang juga dihembuskan seni pop yang cukup moden. Rekaan berasakan geometri menjadi idea utama kepada Pengarah Kreatif mereka, Giorgio Armani sendiri. Lalu membuatkan Walala memadukan seni jalur berunsurkan tribal, palet yang berani dan bentuk-bentuk yang luar biasa. Gabungan barang aksesori Emporio Armani tidak langsung ditinggal sepi dan mati di sebalik sorakan seni pop hasil idea kreatif Walala.

POST A COMMENT