#NYFW- Tory Burch Musim Bunga 2023-Ekspresi Gaya Bebas Gadis New York ’90-an
KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 TORY BURCH MENYANDINGKAN PALET WARNA KOMBINASI NEUTRAL DAN PASTEL JUGA MENCEMERLANGKAN METALIK. CORAK PENUH WARNA DENGAN MOTIF MENAWAN UNTUK MUSIM SEMI YANG PENUH RASA BAHAGIA.
Tory Burch menyatakan koleksi musim bunga 2023 adalah bersifat peribadi dan intuitif, gambaran kenangannya dalam era ‘90-an sewaktu berpindah ke New York. Dia mahu melihat identiti rekaannya melalui perspektif segar, mencerminkan himpunan yang dirasakan moden sekarang.
Garis bersih dan palet lembut merupakan tunggak gaya dengan fokus baharu pada bahan dan potongan siluet. Inovasi fabrik mewah yang direka bentuk untuk pergerakan mengikut tubuh-kait halus, satin, jersi ringan. Penerokaan bentuk dalam balutan siluet, bahagian sporty dan kontra jahitan pada lapisan lut sinar. Semuanya diringankan dengan sentuhan unik, deretan beg tangan dalam rona asid yang bertenaga, dan kasut dengan cincin kaki trompe l’oeil dan tumit ‘terbalik’.
Fokus musim ini adalah pada potongan siluet. Seleksi ‘look’ menampilkan jersi bandeaux yang diikat pada pinggang sebagai ilusi gaya yang bersahaja, manakala helain lain membaluti secara subtle pada tubuh. Daripada skirt satin midi kepada pakaian sutera India yang mewah. Di samping itu, jahitan adalah perkara utama yang diambil kira. Tunik basque yang dibentuk, blazer bulu Itali yang ‘tajam’ dan kot potongan boxy dalam material kulit-memberi pernyataan gaya yang kuat.
Koleksi bermula dengan bahan yang kaya, seperti lut sinar dan tegas, reflektif dan matter, mewah dan kasual. Sutera India yang indah, bulu Itali, lamé, renda dan banyak lagi dengan kemeja T kapas, denim dan viscose sporty. Pilihan fabrik ternyata membentuk siluet, dan kebanyakkan yang disuntik dengan regangan untuk menyamankan pergerakan.
Menyentuh perihal aksesori pula, pilihan kasut musim ini adalah ‘tajam’, geometri dan kebanyakkannya rata, membayangkan semula rupa kasut untuk kegunaan harian. Tapak berukuran kaki segi empat sama, beg silang yang digandakan dengan logo Double T. Dengan kemasan halus.
Beg tangan baharu termasuk beg doktor yang diilhamkan tahun ‘90-an, stail baharu Tory Burch pada rekaan beg kerja dengan bahagian dalam yang luas dan konstruksi ultra ringan.
Juga yang baharu-beg bahu ukuran segi empat sama dengan logo Double T perak yang dipotong dan bahagian dalam yang diinspirasikan oleh bentuk sampul surat.
Artikel berkaitan: Seperti Terbuai Mimpi Wangian Baharu Tory Burch
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026






