Keindahan Motif Tekstil Negeri Bawah Bayu & Tanah Kenyalang
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBersempena isu Borneo bulan ini, GLAM mengupas keindahan warisan motif tekstil di Malaysia Timur. Naratif budaya yang bukan sekadar peninggalan legasi, tetapi juga sarat dengan kehalusan seni, kebijaksanaan budaya serta kekayaan identiti Sabah Sarawak buat generasi seterusnya.
Keindahan dan makna mendalam yang terpatri dalam motif-motif tekstil tradisional dari bumi Borneo pastinya menjadi khazanah negara. Di sebalik anyaman dan sulaman yang tampak indah pada mata, tersirat naratif budaya yang sarat dengan nilai spiritual, simbolik serta estetika. Warisan motif tekstil dari Sabah dan Sarawak ini bukan sekadar tinggalan sejarah, malah menjadi lambang kecintaan terhadap jati diri serta kearifan lokal yang terus hidup dalam busana dan ritual masyarakat. Dari setiap helai benang hingga kepada corak yang dihasilkan, setiap motif menceritakan kisah tentang asal-usul, kepercayaan dan aspirasi komuniti yang diwarisi turun-temurun.
Himpunan Motif Tekstil Negeri Bawah Bayu & Tanah Kenyalang Yang Menyuntik Keunggulan Warisan.
1. Motif Baya

Berasal dari negeri Sarawak, Motif Baya atau dikenali juga sebagai motif buaya, merupakan salah satu motif yang cukup popular dalam seni tekstil tradisional kaum Iban, khususnya dalam tenunan pua kumbu. Dalam budaya ini, buaya bukan hanya dilihat sebagai haiwan liar yang ganas, tetapi juga sebagai simbol kuasa, perlindungan dan ketahanan yang mana motif ini sering kali ditenun untuk upacara adat dan keagamaan seperti Gawai Antu.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
