Since 1854 Menguntum Memori Vintaj
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioNicolas Ghesquiere di Louis Vuitton mahu memberi penghormatan fesyennya dengan cara tersendiri. Maka dilancarkan satu koleksi yang menjulang lambang ikonik Louis Vuitton yang terkenal dengan corak monogram serta digabungkan pula tahun keramat 1854, yakni detik terlancarnya jenama Louis Vuitton. Koleksi Since 1854 ini menjadi taruhan baru Ghesquiere buat pencinta Louis Vuitton yang cukup indah dengan selitan sejarah juga paduan corak bunga juga simbol LV.
Since 1854 adalah corak baru yang dihiasi dengan corak monogram yang mana diperkenal sejak 1896 oleh Georges Vuitton dan terinspirasi daripada jubin dapur rumah mereka yang terbina sejak 1859. Lalu diabadikan pada motif monogram pertama Louis Vuitton yang diselitkan cita rasa neo-gothic. Gabungan arkib yang sarat seni dan cerita ini memberi idea kepada Ghesquiere dalam penghasilan motif corak monogram Since 1854. Juga cintanya mereka pada budaya Jepun diabadikan pada nombor 8 yang seakan mencipta ilusi ala bunga asal Jepun.



Himpunan ini menghiasi beg-beg seperti Dauphine, Neverfull dan Petit Neo. Serta menjadi pilihan material untuk koleksi pakaian asas jaket, seluar juga baju. Ada dua warna sebagai pilihan debut yakni hitam dan burgandy, manakala awal tahun 2021 akan dilancarkan pula Since 1854 dalam versi denim.



Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
