Related Stories
Red Sea Film Festival Merai Women In Cinema Bersama Bintang Global
Menyanjungi suara wanita dalam filem, Red Sea International Film Festival (RedSeaIFF) dan Vanity Fair Europe menganjurkan majlis makan malam Women In Cinema ke-5 yang dihadiri barisan selebriti tersohor.
Gala ini memberi fokus pada pencapaian wanita di hadapan dan belakang kamera yang membentuk industri perfileman. Juga yang memberi inspirasi kepada bakat generasi baharu di Arab Saudi, Afrika dan India.
Berlangsung di Shangri-La di Jeddah pada 1 Disember, ia turut memberi penghormatan kepada ikon skrin pertama Mesir, Nabila Ebeid. Barisan tetamu ternama termasuk Katrina Kaif, Sharon Stone, Michelle Williams, Zoe Saldana, Diane Kruger, Michelle Rodriguez dan Naomi Campbell.
Gaya Selebriti Di Karpet Merah Red Sea International Film Festival
Sehari sebelum berlangsungnya Women In Cinema, festival ini dirasmikan dengan tayangan filem HWJN arahan Yasir Al Yasiri pada 30 Disember. Ia dimeriahkan dengan kehadiran Michelle Williams, Sharon Stone, Diane Kruger, Frieda Pinto dan ramai lagi. Tidak dilupakan bintang Bollywood, Ranveer Singh serta artis Turki, Burak Özçivit dan Hande Erçel.
Juri yang dilantik diketuai oleh Baz Luhrmann dan juri The Red Sea: Features termasuk Joel Kinnaman serta Freida Pinto. Pertandingan The Red Sea: Shorts akan diadili oleh Hana Alomair, Assaad Bouab dan Fatih Akin.
Malam Festival Awards akan ditutup dengan tayangan Ferrari, filem biopik Michael Mann yang dibintangi Adam Driver dan Penelope Cruz. Filem terbaharu pengarah Hayao Miyazaki, The Boy and the Heron pula akan ditayangkan sebagai Public Closing Film. Red Sea International Film Festival berlangsung dari 30 November hingga 9 Disember.
Selebriti ternama yang menyerikan gala Women In Cinema

Katrina Kaif, Michelle Rodriguez dan Sharon Stone

Freida Pinto

Garrett Hedlund

Michelle Williams dan Zoe Saldana

Diane Kruger

Amy Jackson and Ed Westwick
Gaya bintang global di karpet merah Red Sea International Film Festival

Ranveer Singh di tayangan HWJN
Will Smith di tayangan HWJN

Ed Westwick di tayangan HWJN

Burak Özçivit di tayangan HWJN
Sharon Stone di tayangan HWJN

Hande Erçel di tayangan HWJN

Joel Kinnaman di tayangan HWJN

Johnny Depp di tayangan Jeanne Du Barry

Maiwenn di tayangan Jeanne Du Barry

Zoe Saldana di tayangan The Absence Of Eden
Naomi Campbell menggayakan persalinan Rizman Ruzaini di tayangan The Absence Of Eden
Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
