Coach x Michael B. Jordan Kolaborasi Eksklusif Buat Peminat Naruto
Buat peminat setia siri manga Naruto, Coach telah melancarkan kolaborasi unik bersama pelakon antagonis Black Panther, iaitu Michael B. Jordan. Kerjasama ini adalah yang pertama kali dilakukan Coach bersama Michael yang juga seorang produser dan juga global face untuk jenama pakaian lelaki berkenaan.

Diilhamkan daripada minat Michael terhadap siri animasi Jepun itu dan berpandukan kepakaran eksklusif Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers, maka terhasil koleksi fesyen lengkap ready to wear uniseks, kasut dan juga bag berinspirasikan siri manga kegemaran ramai itu. Setiap koleksi Coach x Michael B. Jordan dihiasi dengan trademark eye yang sangat popular dalam animasi Naruto. Koleksi ini juga bijak dalam menampilkan elemen karakter animasi ini yang pelbagai di setiap produknya dari pakaian, bag sehingga pada kasut.

Rekaan Coach x Michael B. Jordan sememangnya memberikan satu kelainan dan tampak fresh buat peminat jenama terkenal ini. Sempena kolaborasi ini juga, Coach telah memperkenalkan kempen yang menggabungkan nilai dan hasil tangan serta kemahiran sinematik Jordan dan ikonografi mistik Naruto.

Coach juga meraikan koleksi ini secara global di pop-up store Jepun, Malaysia dan Amerika Syarikat. Semua koleksi Coach x Michael B. Jordan ini boleh didapati di butik Coach bermula 7 Oktober 2019. Slide gambar di bawah untuk melihat koleksi ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Jun 03, 2026
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Jun 02, 2026
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
May 29, 2026
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
May 29, 2026
Dialog Fesyen: Yuleza
May 29, 2026
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
May 29, 2026
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
May 29, 2026

