Ritma Gaya Emporio Armani Musim Luruh 2023-Mengajak Kita Untuk Berseronok
Emporio Armani menyuguhkan koleksi luruh/dingin 2023 yang terinspirasi dari gerobok kostum sarkas, meditasi tentang kegembiraan dan keironian. Memperkenalkan desain baharu yang mencerminkan esensi dari musim luruh, mulai dari penggunaan tekstur dan warna.

Dalam dunia di mana fesyen sering berevolusi untuk menakrifkan semula diri sendiri, Giorgio Armani secara konsisten antara jenama yang meneraju dalam menentang jangkaan, mereka bentuk koleksi yang meraikan keperibadian dan bukannya peranan semata-mata.
Armani Teatro telah diubah menjadi pentas sarkas sempena pertunjukan Emporio Armani. Pada latar belakang pementasan, terdapat gambar besar seorang model dengan senyuman lebar pada wajahnya. Seakan mengolah esensi atau nilai-nilai gembira, diterapkan menjadi sebuah karya kontemporari. Giorgio Armani menamakan koleksi the Circus of Life.
Di sisi lain, Armani mahu menampilkan koleksi yang terpadu dengan elemen gembira dan playful dan dia mahu berkomunikasi dengan lebih jelas melalui koleksi ini. Mahu mengkreasikan koleksi yang tahu bermain dengan pelbagai aspek, bukanlah stagnant pada satu elemen sahaja. Kata Armani, “Saya ingin menyampaikan mesej kegembiraan dan ironi.”
Melalui koleksi musim luruh/dingin 2023, Armani membawa etos ini ke peringkat yang lebih tinggi, menyemai seri urban yang eklektik dengan sentuhan glamor dan efek klasik yang diperhalusi. Musim ini, keironian dijalin secara halus ke dalam setiap jahitan, sama seperti senyuman penuh persoalan yang menghiasi latar belakang teater-menjelmakan spirit dan sifat koleksi musim ini.
Mengambil inspirasi daripada kemegahan teater Elizabethan, koleksi itu memancarkan rencah drama yang moden. Daripada rekaan topi kecil ala gaya Charlie Chaplin, kepada jaket yang dihiasi dengan butang tidak simetri, dan top malam yang dihiasi dengan butiran yang mempesonakan, setiap rekaan memberi penghormatan kepada kostum pentas, direka melalui perspektif kreatif Armani sendiri.
Koleksi ini memaparkan eksplorasi momen cinta, kemenangan, serta kegembiraan dalam pelbagai rentang waktu kehidupan yang diterjemahkan secara piawai pada siluet-siluet andalan.
Faktor anggun bertemu dengan kenyamanan pabila koleksi ini melakar siluet langsing dan tekstur ringan. Armani dengan cermat menciptakan keseimbangan antara maskulin dan feminin sekaligus menekankan pentingnya pola geometri dan minimalisme atau maksimalisme, seperti pada tas-tas dan aksesori hiasan yang bersifat penuh karakter dengan imbuhan detail tegas secara bersahaja. Ekspresi gaya Armani antara unsur maskulin dan feminin menjadi tumpuan utama, diterjemahkan melalui volum dan tekstr yang menawan.
Potongan skirt menunjuk gaya berani, menetapkan nada khas musim ini, manakala but grafik secara harmoni berpadu dengan potongan seluar singkat dan seluar lembut. Daya tarikan gaya diperluas, dengan potongan bahu yang berbeza dan pinggang yang diikat, ditonjolkan dengan korset bertali pinggang, mencipta garis reka yang tegas.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.




