Godaan Selberan Buat Musim Perayaan Ini

Apa yang menjadi dambaan utama wanita musim ini?

 

 

page

Daripada rantai dempak kepada anting-anting, perhiasan mewah senantiasa di hati wanita berselera tinggi. Selberan mendefinisikan erti sebenar perhiasan mewah, glamor dan berkemilau sempena musim perayaan ini.

 

Sebagai merai semangat musim perayaan ini, Selberan dengan bangganya mempersembahkan lima koleksi istimewa. Aura perhiasan koleksi-koleksi tersebut sungguh menawan. Hanya dengan satu jelingan sahaja, ia mampu menggoda apatah lagi jikalau menggayakannya.

 

 

page1

 

But koleksi Rococo Reimagined, rekaan bergelung dan bermotif abstrak berpusar adalah denyutan utama koleksi ini. Reka bentuk lengkungan bertatahkan berlian potongan sempurna serta penggunaan batu permata pelbagai warna nyata membias sifat feminin.

 

Bagi anda yang menggemari rekaan moden kontemporari, rantai daripada koleksi Chantum yang direka istimewa dalam bentuk bulatan mencerminkan sinergi dan keharmonian. Rekaan buat rantai dan cincin Ilona pula menjulang kualiti geometri yang gah dan berani.

 

Lain pula rekaan buat koleksi Persia dengan bertatahkan berlian mempesona yang didakap erat lengkungan emas bak kelopak bunga, rohnya bagaikan menghembus keagunganmomen percintaan Laila dan Majnun. Koleksi Leia tampil bak binatang berkelipan di angkasa dengan rekaan bentuk oval yang bertatahkan berlian solitaire.

 

sel

 

Istimewa buat bulan Disember ini, bagi anda yang dambakan perhiasan mewah yang hadir dalam reka bentuk klasik kemewahan Timur Tengah, singgah sahaja ke butik Selberan dan hayati kehebatan koleksi Persia ini di Pavillion Kuala Lumpur, Mid Valley City, Suria KLCC dan juga pusat pelawat Royal Selangor di Setapak.

POST A COMMENT