Empat Trend Wajib Cuba Dari Pentas Chanel Cruise 2024
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Dec 06, 2023
Chanel Cruise 2024 menghimpunkan satu koleksi yang cukup girang dengan mengambil inspirasi daripada gaya hidup Los Angeles. GLAM merungkaikan empat gaya utama yang wajar diberikan perhatian!
ON WEDNESDAYS, WE WEAR PINK
Demam rona paling hangat 2023 masih utuh di pentas Pra-musim bunga 2024 Chanel. Percikan palet merah jambu ini yang menjadi viral sejak filem Barbie menyinggah ke sinema terus mencipta panasnya ke hujung tahun bersama Chanel. Mungkin kerana Margot Robbie yang menjadi wajah utama jenama Paris ini juga melakonkan watak Barbie sehinggakan memberi sedikit inspirasi kepada Virginie Viard, selaku pengarah kreatif di Chanel. Gaya yang cukup feminin ini sebenarnya menjadi perisai fesyen unggul bagi abad ke-21 kerana sejak awal tahun 2000 sudah mula mencipta ombaknya. Kini ia kembali dengan membawa fenomena luar biasa!
HITAM PERKASA
Chanel semestinya tidak dapat lari daripada penggunaan rona hitam. Kerana sejak awal jenama ini ditubugkan, palet gelap ini sering menjadi pilihan Coco Chanel sehinggakan menjadi warna kegemarannya. Selalunya Chanel akan menghasilkan rekaan yang cukup ringkas dalam rona putih dan ditambah dengan perincian hitam, lalu menerbitkan rasa glamor yang cukup ringkas. Mendiang Coco Chanel pernah menghasilkan dress hitam ringkas dan pada Oktober 1926, majalah Vogue berkongsikan yang dress ini bakal terus menjadi pelengkap gerobok fesyen dunia. Nyata dress hitam ringkas itu sehingga kini mempunyai status yang tidak lekang dek panas. Perhiasan aksesori pula hadir dalam rona hitam atau putih bagi memberi nilai versatil dalam gaya wanita.
METALIK MENGGODA
Bagaikan satu pengembaraan yang sarat dengan fantasi, himpunan pra-musim bunga 2024 membawa pilihan yang mampu menyegarkan gaya. Buat yang berani, pilihan cool cadangan Viard adalah menggunakan aksesori dengan kemasan berkilat. Tidak hanya berpegang pada baju penuh dengan jahitan sekuin, ada juga helaian yang diperbuat menggunakan fabrik berkilau mencipta semula gaya 80-an yang menjadi idea utama di pentas Chanel ini. Fesyen berasaskan metalik ini bukanlah sesuatu yang baharu, era Old Hollywood sering menggunakan kain lame membaluti tubuh mereka. Kemudiannya, diolah menjadi helaian baju sukan untuk memberi rasa glamor pada wanita. Kini dipersembahkan semula dengan injek gaya lebih baharu.
KEEP ROLLING
Satu tema yang paling kuat wujud di pentas Chanel Cruise 2024 adalah sukan kasut luncur. Ia adalah aktiviti yang cukup popular di Los Angeles apatah lagi di tepi pantai Venice. Maka kasut beroda ini dijadikan esen penting dalam mengangkat idea dan ditafsirkan dalam nada yang lebih eksentrik. Rantai, gelang mahu pun pin dengan berekan kasut beroda merajai wanita-wanita Chanel kali ini. Selain itu, Viard juga mengabadikan keindahan warna tatkala matahari terbenam di pantai. Simbahan rona jingga memberikan gaya segar pada gerobok. Atau pilihan biru yang tenang, seperti di Lautan Pasifik.
Artikel Berkaitan: G-Dragon, Yuna dan Bintang Hollywood Bersinar Di Acara Chanel Cruise ’24

See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026