5 Produk Pelembap Muka Terkini Sempena Bulan Puasa
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Mar 19, 2024
Apabila menjelang bulan puasa, masalah kulit kering sering terjadi buat sesetengah orang. Hal ini kerana, dek kekurangan air dalam tubuh badan yang menyebabkan terhidrasi. Membuatkan kulit muka terasa kering, menggelupas dan kelihatan kusam. Namun usah risau, GLAM ingin berkongsikan lima produk pelembap muka terkini buat mereka yang mengalami masalah ini.
Tidak kira wanita mahupun lelaki, masalah kulit kering menjadi kebiasaan terutamanya di bulan Ramadan. Syarat puasa yang tidak membolehkan makan dan minum di siang hari, membuatkan ramai mengalami masalah ini terutama di bahagian kulit muka. Tambahan lagi, masalah kulit kering membuatkan ramai yang akan berasa tidak selesa atas rasa kekeringan di muka dan sukar buat mereka untuk menjalankan kehidupan seharian. Penggunaan produk pelembap muka sangat lah membantu dalam mengatasi hal ini. Oleh itu, GLAM cantik himpunkan produk pelembap muka terkini yang berada di pasaran mudah untuk anda miliki!
Sephora Soothing Moisturizer merupakan produk pelembap muka terbaru untuk anda cuba. Mengandungi kandungan seperti asid hialuronik dan centella asiatica, dua gabungan bahan ini mampu menenang sambil melembapkan kulit muka yang kering. Centella asiatica juga terkenal dengan cirinya yang boleh mengurangkan kemerahan-merahan pada kulit muka. Warna pigmen hijau berkrim sebagai bahan aktif tambahan, serta-,erta membantu meneutralkan kemerahan pada kulit. Oleh itu, produk ini sangat sesuai buat mereka yang ingin merawat masalah kulit kering dan kemerahan pada pada kulit muka.
Pelembap muka bertekstur ringan CL302 Brightening Complex™ ini membantu untuk melembapkan dan menambah baik pelbagai dimensi perubahan warna untuk kulit yang kelihatan lebih cerah. Pelembap eksklusif ini mampu merawat kulit kusam dan kemerahan yang disebabkan oleh kerengsaan. Selain itu, ia mampu mengkontraskan bintik-bintik gelap pada wajah. Turut mengandungi bahan pengikat seperti asid hyaluronik dan asid salisilik, memberi penghidratan yang ideal dan membuat kulit terasa lebih segar dan kelihatan sekata.
Jenama penjagaan kulit THE INKEY LIST telah melancarkan produk pelembap muka terbaru iaitu Bio-Active Ceramide Repairing And Plumping Moisturizer. Apa yang seronoknya tentang pelembap muka baharu ini? Produk ini semestinya merawat masalah kulit kering dengan memberi kesan segera dalam penghidratan selama 24 jam dan menguatkan skin barrier. Pelembap bertekstur baldu ini juga hebat dalam melindungi tanda-tanda penuaan. Dikuasakan oleh bahan Bio-Active Ceramides untuk mengurangkan kedutan sehingga empat kali lebih halus. Kesannya, menjadikan kulit lebih licin, menegang dan dapat mengatasi masalah kulit kering.
The Moisturizing Fresh Cream daripada produk penjagaan kulit terkenal La Mer adalah pelembap kulit muka yang sesuai buat sesiapa yang mempunyai jenis combination skin. Terkandung bahan seperti asid hyaluronik, anti-oksidan, kolagen, Miracle Broth dan banyak lagi, ianya dapat merawat masalah kulit kering sekali gus mengimbangi minyak berlebihan. Kulit pasti terasa segar, tegang dan kelihatan muda dengan The Moisturizing Fresh Cream daripada La Mer.
Pelembap bertekstur seperti jeli berat ultra ringan ini memberikan manfaat antioksidan untuk melembap, mencerah dan menenangkan kulit sensitif atau yang mudah berjerawat. Bahan-bahan yang terkandung mempunyai manfaat tersendiri. Contohnya, ekstrak botani seperti lemon balm untuk menenangkan kulit, liquorice untuk mencerahkan, kunyit dan jojoba pula untuk melembapkan. Gabungan ekstrak botani ringan yang menenangkan ini memberi hasil kulit yang berasa licin dan lembut. Pelembap muka yang dapat merawat masalah kulit kering secara mendalam tanpa menyumbat pori-pori. Oleh itu, ianya sangat sesuai digunakan untuk penggunaan harian!
Artikel Berkaitan: 3 Pelembap Bibir Ini Berguna Di Bulan Ramadan
Ini 5 Produk Pelembap Muka Terkini Yang Mampu Merawat Masalah Kulit Kering
1. Sephora Soothing Moisturizer

Foto: Sephora
2. Even Better Clinical Brightening Moisturizer

Foto: Sephora
3. Bio-Active Ceramide Repairing And Plumping Moisturizer

Foto: Sephora
4. The Moisturizing Fresh Cream

Foto: Sephora
5. Daily Habits Silky Moisturizer

Foto: Sephora
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
