Home > GLAM Beauty Club > GBC Beauty Radar > GLAM Lebaran: Ady Razak Kongsi Tip Eksklusif Solekan Raya Buat GBC!
GLAM Lebaran: Ady Razak Kongsi Tip Eksklusif Solekan Raya Buat GBC!
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Mar 29, 2024
Baru-baru ini, GLAM Beauty Club sempat menemu bual the one and only jurusolek yang sudah lama berkecimpung di dalam dunia solekan iaitu Ady Razak. Ketika mengadakan sesi pengalaman cantik bersama Lancome, Ady Razak telah meluangkan sedikit masa dengan berkongsikan tentang tip-tip solekan raya buat ahli GBC sempena lebaran kali ini!
Ady Razak merupakan seorang jurusolek selebriti yang sudah lama bergiat dalam industri kecantikan. Sentuhan tangan Ady Razak sememangnya tampak mahal dan penuh eksklusif. Beliau turut menjadi pilihan hati selebriti yang terkemuka, antaranya ialah Izara Aishah, Zahirah Mac Wilson, Marsha Milan dan ramai lagi. Namun, antara pencapaian terbesar Ady sebagai seorang jurusolek adalah apabila beliau berpeluang memberi sentuhan magisnya kepada pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023, Tan Sri Michelle Yeoh! Oleh yang demikian, jom ikuti temu bual edisi lebaran bersama Ady Razak khas buat ahli-ahli GBC.
https://www.instagram.com/reel/Cr-aRANpza0/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Tip Solekan Edisi Lebaran Bersama Ady Razak Buat Ahli GBC
1. Sempena bulan Syawal yang hampir menjelang tiba, apakah tip solekan pagi raya yang boleh Ady Razak kongsikan khas buat ahli GLAM Beauty Club? Untuk tip solekan pagi raya, Ady Razak merasakan keyword yang menjadi pilihan adalah ‘timeless’. Make it less, make it simple namun masih kekal cantik. Solekan yang tidak perlu tebal, namun masih menepati dengan semua keadaan apabila pergi beraya. 2. Rutin prep muka adalah rutin yang sangat penting sebelum memulakan solekan. Kongsikan cara Ady Razak melakukan rutin prep muka untuk solekan yang tahan lebih lama ketika beraya. Beberapa langkah untuk rutin prep muka sebelum melakukan solekan adalah selepas mencuci muka, sapukan toner pada muka. Kemudian, memakai essence bagi mendapatkan lagi lebih banyak penghidratan. Seterusnya, memakai pelembap muka dan diikuti dengan sunscreen. Ianya merupakan rutin yang sangat mudah dan basic sahaja. https://www.instagram.com/p/Ck4_5VJJx6q/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== 3. Hari raya selalunya menjadi hari yang sibuk dan panjang. Buat mereka yang sudah seharian pergi beraya, bilakah waktu yang sesuai dan perlu untuk mencantikkan semula solekan? Buat mereka yang setelah seharian pergi beraya, the right time untuk perbetulkan semula solekan adalah apabila kulit muka sudah terasa berminyak terutamanya apabila sudah menjelang tengah hari. Itulah tanda sudah tiba masanya untuk mencantikkan semula solekan setelah sibuk beraya. Namun tidak perlu bersusah-payah, hanya dengan menggunakan powder sahaja sudah mencukupi. Begitu juga buat mereka yang bersolat, anda boleh touch up semula solekan raya anda. 4. Apa pilihan gincu yang sesuai ketika menyambut Hari Raya bagi Ady? Sebenarnya, pilihan gincu bergantung dengan pilihan solekan yang anda inginkan. Jika anda menginginkan solekan dengan eye look yang kelihatan strong, pastikan pilihan gincu tampak lebih relax dan tidak terlalu menonjol. Namun, jika anda lebih gemar dengan pilihan warna-warna gincu yang terang dan bold seperti merah, eye makeup yang less lebih sesuai kerana barulah ianya nampak seimbang. 5. Akhir sekali, apakah ilmu cantik buat penggemar dunia kecantikan yang Ady boleh kongsi dan ramai tidak tahu lagi? Mungkin sudah ramai yang tahu, namun bagi Ady ilmu cantik yang semestinya berkesan adalah keep yourself hydrate! Ianya merupakan elemen yang sangat penting dalam dunia kecantikan. Jika anda mempunyai penghidratan yang mencukupi, you will totally look good! Artikel Berkaitan: Edisi Lebaran: GLAM Beauty Club X Lancome Bersama Ady RazakSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk̷...
BY Julia Azman
Jul 15, 2025
GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ring...
BY Julia Azman
Jul 02, 2025
GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki
BY Julia Azman
Jun 11, 2025
GBC Lulus: Kami Mencuba 4 Hairspray Untuk Volume &...
BY Zahirah Zulkhairi
Jun 04, 2025
GBC Teruja Charlotte Tilbury Kini Di Sephora Malay...
BY Julia Azman
May 28, 2025
‘Less is more’, Nabila Huda Dedah Rahsia Kecan...
BY Aesya Sofilea
May 06, 2025
GBC Lulus: Skrub Badan Terbaik Yang Menjadikan Kul...
BY Zahirah Zulkhairi
Apr 17, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
