Related Stories
Cannes Recap: 6 Wanita Cantik Dalam Kerlipan Chopard
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Jun 12, 2024
Menjadi rakan utama buat Festival Filem Cannes sejak 1998, Chopard tidak pernah lupa mengindahkan tetamu dengan barang kemas mereka.
Dunia sinema dengan Chopard tidak dapat dipisahkan lagi. Apatah lagi apabila Caroline Scheufele yakni Presiden Bersama dan Pengarah Artistik Chopard mereka semula piala ikonik Festival Filem Cannes pada 1997. Tahun kemudiannya, jenama barang kemas ini terus menjalinkan hubungan bersama festival paling popular sebagai rakan rasmi dalam menyediakan piala kepada para pemenang. Tahun ini permaidani merah di Cannes terus mewah dengan kerlipan barang kemas Chopard. Ini adalah juita pilihan GLAM yang gah menyarungkan barang kemas Chopard yang mana setiap emas dan permatanya dicari dengan penuh beretika. SIBIL CETINKAYA
Pelakon asal Istanbul ini menyarungkan rantai choker emas putih 18 karat dengan dihiasi berlian potongan briolet dan brilliant serta subang emas putih 18 karat bertatah berlian potongan pir dan marquise daripada koleksi Haute Joaillerie.
MEREDITH DUXBURY
Bintang sensasi Tik Tok dengan lebih 18 juta pengikut, Meredith Duxbury mewah dengan kalungan rantai emas putih 18 karat berserta berlian potongan hati dan digayakan bersama subang emas putih 18 karat berberlian potongan pir daripada koleksi Haute Joaillerie.
GRETA GERWIG
Greta Gerwig yang dilantik sebagai Ketua Juri buat edisi Festival Filem Cannes ke-77 indah dengan anting-anting emas putih 18 karat beserta permata tanzanit potongan pir.
EMMA THYNN
Marchioness of Bath, Emma Thynn menyarungkan rantai emas putih dengan berlian 60.02 karat dan digandingan bersama subang 18 karat bertatah berlian potongan pir daripada koleksi Haute Joaillerie.
FRANCISCA GOMES
Model dan kekasih kepada Pelumba F1, Pierre Gasly yakni Francisca Gomes memilih subang emas putih 18 karat dengan berlian berbentuk pir 18.05 karat, rantai emas putih 18 karat dengan potongan pir, gelang tangan emas putih 18 karat berberlian potongan pir semuanya daripada koleksi Haute Joaillerie dan cincin emas putih 18 karat daripada koleksi Precious Lace.
DEMI MOORE
Bintang filem Amerika Syarikat berkilau indah dengan subang emas putih 18 karat yang digabungkan bersama berlian delima 26.69 karat daripada koleksi Haute Joaillerie.
Artikel Berkaitan: Filem Tempatan, Tiger Stripes Lakar Sejarah Di Cannes 2023
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
