Related Stories
Gaya Selebriti Wanita Yang Hadir Ke Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024
Acara Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024 baru sahaja berakhir minggu lalu dan gaya-gaya selebriti yang hadir menjadi bualan ramai.
Selepas KL Fashion Week, pentas fesyen di Malaysia bersambung dengan Mercedes Benz Fashion Week KL 2024 pula. Bertempat di Sentul Depot pada 16 hingga 18 Ogos 2024 yang lalu pereka-pereka Malaysia berjaya menampilkan rekaan yang menawan dan luar biasa. Acara fesyen ini dihadiri ramai bintang tanah air. Gaya anggun dari wanita-wanita yang menghadiri acara fesyen ini menarik minat orang ramai. GLAM akan berkongsi 7 selebriti wanita yang hadir ke Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024.
#1 Yaya Zahir
https://www.instagram.com/p/C-721BuPf3l/?img_index=1
Yaya Zahir yang menghadiri acara Brian Khoo membuat kemunculan dengan busana metalik dari jenama itu sendiri. Gaya rambut slicked back yang digayakan olehnya memberi sentuhan kemas untuk keseluruhan gayanya.
#2 Datin Elvina Mohamad
https://www.instagram.com/p/C-6zrSAzZHE/?img_index=1
Datin Elvina Mohamad muncul dengan jumpsuit berona biru muda ketika menghadiri acara Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024 untuk jenama YULEZA.
#3 Francisca Luhong
https://www.instagram.com/p/C-2GdANh2oy/?img_index=1
Miss Universe Malaysia ini tampil di acara Dickson Lim dengan busan dsri jenama itu sendiri. Gaun yang kelihatan seperti sut berona biru dilengkapi dengan tas tangannya yang berona silver.
#4 Amber Chia
https://www.instagram.com/p/C-w5L1_JWnQ/?img_index=1
Pelakon dan model Malaysia, Amber Chia muncul dengan gaun kemeja all white untuk jenama Coteri by Celest Choi di Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024.
#5 Scha Al-Yahya

Scha Al-Yahya lengkap dihiasi United Wood dan Brian Khoo ketika menghadiri Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024 jenama itu. Gaun hitam bercorak seakan-akan polka dots memberi gaya elegan dan klasik kepada Scha.
#6 Amelia Henderson
https://www.instagram.com/p/C-2fEwwPFN9/?img_index=1
Amelia Henderson tampak cool dan anggun dengan gaun berona kuning yang bersinar ketika menghadiri acara fesyen untuk jenama Brian Khoo. Rambutnya yang diikat tocang memberikan keseronokkan dalam gaya Amelia hari itu.
#7 Eyka Farhana
https://www.instagram.com/p/C-4mwLRyzp2/?img_index=1
Gaun putih bersinar disarung oleh Eyka Farhana menunjukkan gaya elegannya dilengkapi dengan gaya rambut yang kemas. Eyka juga menggayakan tas tangan berona hitam dari Louis Vuitton.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
