Keindahan Via Condotti Muncul Di Butik Bvlgari
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioMeniti hari-hari terakhir tahun 2020 dengan semangat yang lebih tinggi. Untuk memperingati momen indah-indah belaka mungkin boleh jadikan hadiah sebagai simbol bermakna. Usah hanya inginkan sesuatu yang kecil. Cuba luaskan lagi cita dan impianmu dengan keinginan yang mewah dan bold! Inilah masa terbaik untuknya. Mencari hadiah yang sempurna untuk menyimpul kenangan 2020. Lanjutkan pada Bvlgari kerana di sini ada semuanya, untuk apa juga cita hatimu serta keinginan yang satu itu. Lebih mudah, Bvlgari sediakan khidmat mencari hadiah terbaik kena dengan momen, juga penerima.
Melalui kempen More Than A Wish daripada Bvlgari ini menyaksikan satu misi dalam merungkai impian yang lebih light-hearted. Emosi yang dipertaruhkan kali ini cukup bebas bersama jiwa lebih optimistik. Masih menjadikan Rom sebagai sumber ideanya, kempen ini tidak dapat lari daripada kemegahan persekitarannya. Bagaikan ada semangat yang berkobar dalam menjiwai sambutan akhir tahun bersama momen hadiah yang indah. Inikan masa yang perlu anda ‘percaya’ pada magik! Lirikkan senyuman pada bibir yang tersayang dengan hadiah-hadiah bermakna. Untuk si jejaka mungkin taruhannya adalah jam tangan Octo Roma dengan tali bermaterial kulit buaya. Kekasihnya pula berkerlipan dalam jam tangan sarat berlian Serpenti Seduttori.

Jam Tangan Octo Roma 
Jam Tangan Serpenti Seduttori
Lagi menambah semarak menyambut tahun baru, tiga butik utama Bvlgari di Pavilion, The Gardens Mall dan Suria KLCC sedang melancarkan beberapa aktiviti unik. GLAM singgah ke butiknya di Pavilion, Kuala Lumpur dan melangkah masuk dijemput dengan aroma gelato wangi. Di satu ruang pojok, ada basikal menyediakan gelato segar! Sambil mata menikmati berlian indah, lidah juga sempat dijamu dengan gelato berperisa segar! Sungguh menggamit rasa klasik Itali. Naik pula ke tingkat atas, pasti mata terpana melihat satu pepintu tersusun seakan merupai butik utama Bvlgari di Via Condotti, Rome! Setiap pepintu ini pula diisi dengan pelbagai hadiah menarik. Ada bekas kulit, lilin dan juga aneka coklat yang dibungkus cantik. Cukup sesuai dengan semangat menyambut tahun baru. Aktiviti santai ini akan berlangsung sehingga 10 Januari 2021. Bawa azam baru bersama berlian terbaik di Bvlgari!



Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.








