Demna Membuka Bab Baharu Di Gucci FW26
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioDebut koleksi Gucci FW26 oleh Demna menganyam sensualiti moden dengan bayangan era Tom Ford, mencipta dialog antara warisan 1990-an dan keberanian fesyen masa kini.
Di tengah keheningan ruang gelap Palazzo delle Scintille ketika Minggu Fesyen Milan, Demna memperkenalkan bab baharu buat Gucci menerusi koleksi musim luruh 2026 dengan mempersembahkan Gucci Primavera. Debut penuh yang dinanti itu berlangsung dalam latar dramatik, dikelilingi replika arca Uffizi sebagai simbol penghormatan kepada kota Florence, tempat kelahiran rumah fesyen ini pada tahun 1921. Namun, di sebalik suasana muzium yang monumental, koleksi ini jauh daripada statik. Ia berdenyut dengan sensualiti yang berani, tubuh membawa elemen utama serta pakaian yang ditampilkan sebagai alat ekspresi yang intim serta peribadi.

Segalanya Tentang Koleksi Gucci FW26, Koleksi Debut Penuh Demna
Di pentas peragaan, siluet yang ditampilkan di dalam koleksi seolah-olah memeluk setiap lengkung badan dengan penuh sensual dan yakin. Tampilan item fesyen seperti seluar berpotongan ketat, straight dress serta kemeja T lelaki bersiluet ketat nyata memberi bayangan fesyen sensual yang disengajakan. Demna membina kosa kata baharu untuk Gucci, menekankan potongan yang bersih, ringan dan hampir tanpa sempadan antara kulit dan fabrik. Terdapat juga eksperimen yang mengaburkan kategori pakaian, legging yang bersatu dengan seluar, jaket dan atasan yang menjadi satu entiti ultra padan, serta tracksuit yang berevolusi menjadi trackdress moden. Setiap helaian terasa pragmatik namun tetap menggoda.

Dalam himpunan ini juga terpantul gema era Tom Ford untuk Gucci pada pertengahan 1990-an, khususnya dalam pendekatan body conscious yang minimal tetapi sarat provokasi. Lampu sorot yang mengekori langkah model dalam ruang gelap menghidupkan kembali memori estetika lampau, namun tidak terperangkap dalam nostalgia. Kate Moss menutup pertunjukan dengan gaun labuh berkilau berpotongan berani, satu momen yang mengikat sejarah dan masa kini dalam satu garis yang tegang dan memikat. Bersama wajah model lain seperti Emily Ratajkowski dan Karlie Kloss, pentas peragaan Primavera Gucci terasa seperti pertemuan arketip Gucci, daripada femme fatale hingga figura androgini yang lembut.

Aksesori dan kasut pula mengukuhkan visi baharu ini. Beg ikonik Gucci Bamboo 1947 ditafsir semula dengan volum lebih ramping dan pemegang fleksibel yang menyerlahkan inovasi material. Siluet kasut Manhattan yang minimal menggabungkan elemen seperti gelanggang bola keranjang dengan kemudahan moccasin. Manakala loafer Giovanni dan Cupertino tampil lebih lembut, lantas menghilangkan esen tradisional. Bagi Demna, semua ini bukan sekadar eksperimen estetik, tetapi satu pendekatan yang berpijak pada realiti. Gucci Primavera dibina atas prinsip bahawa fesyen harus dinikmati, dipakai dan dirasai tanpa memerlukan penjelasan yang berlebihan. Koleksi ini ternyata memilih untuk meraikan tubuh, kebebasan dan keyakinan sebagai bahasa paling jujur.

Artikel berkaitan: Gucci La Famiglia Menyapa Singapura Secara Eksklusif Di Marina Bay Sand
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
