Koleksi Gabungan Feminin Dengan Kasut Teknikal Sandy Liang x Salomon
Jenama nostalgik dari New York berkolaborasi buat kali kedua bersama jenama pakaian outdoor terkenal dengan koleksi Sandy Liang x Salomon.
Kembali dengan kolaborasi yang kedua, jenama yang berasal dari kota New York, Sandy Liang, dan jenama kasut Salomon menggabungkan ciri-ciri kasut teknikal bersama elemen feminin. Koleksi Sandy Liang x Salomon kali ini memperkenalkan dua gaya baharu: Speedcross 3 Ribbon dan RX MJ yang membawa dua gaya berbeza, harmoni dengan sepasang kasut. Ini bukanlah kolaborasi pertama Sandy Liang dan Salomon. Hubungan antara kedua-dua jenama ini bermula di New York Fashion Week pada September 2021 dan 2023. Mereka pernah bekerjasama menghasilkan koleksi pertama yang menampilkan rekaan semula ikon Salomon dengan sentuhan feminin Sandy Liang.
“Kolaborasi pertama kami tertumpu kepada pengemasan kini gaya Salomon dengan elemen nostalgia dan kewanitaan. Kali ini pula, saya teruja dengan peluang untuk mengembangkan idea saya untuk menghasilkan rekaan yang lebih menyerlahkan unsur-unsur Sandy Liang.” ujar Sandy Liang. Sandy Liang terkenal dengan jenama yang menawarkan sentuhan halus yang mengekalkan ciri feminin si pemakai. Antara butiran Sandy Liang yang jelas terlihat dalam koleksi terbaru ini ialah perincian riben dan siluet kewanitaan, khas bagi gadis yang mahu mengembara sambil tampak bergaya.
“Kami teruja untuk mengumumkan kerjasama kedua dengan Sandy Liang,” kata Alex van Oostrum, Pengurus Pemasaran Global, Sportstyle. “Visi kreatif Sandy telah membentuk koleksi ini, dan kami berbesar hati untuk memperkenalkan intipati teknikal Salomon yang kini disempurnakan dengan sentuhan lembut.”
https://www.instagram.com/p/C9m8UNAu829/?img_index=1
Sandy Liang ialah seorang pereka yang mendapatkan inspirasi daripada zaman kanak-kanaknya dan ahli keluarganya. Membesar di Bayside Queens, Liang bekerja dengan kumpulan kecilnya untuk menghasilkan rekaan yang kaya dengan memori. Salomon pula merupakan antara jenama pakaian outdoor yang besar di dunia. Salomon terkenal dengan produk mereka yang merupakan kombinasi antara inovatif dan bergaya.
Diinspirasikan oleh gaya kasut Mary-Jane, Sandy Liang memperkenalkan RX MJ yang direka dengan sentuhan feminin untuk mengekalkan gaya kewanitaan. Kasut ini adalah hibrid RX MOC 3.0 yang dilengkapkan dengan ciri keselesaan untuk meningkatkan wearability dan breathability. Lelaran terkini ini menampilkan kusyen ringan dengan kulit nubuck dan 3D open mesh untuk keselesaan yang tiada tandingan. RX MJ boleh didapati dengan warna Black dan Vanilla Ice, dan berharga RM899.
Koleksi Sandy Liang x Salomon ini boleh didapati dalam pelbagai saiz bermula 16 Julai 2024 untuk prapesanan di Laman Web Rasmi Salomon Malaysia. Koleksi ini juga boleh didapati secara eksklusif di Salomon The Exchange TRX bermula 27 Julai 2024.

Koleksi Kasut Sandy Liang x Salomon
Speedcross 3 Ribbon Sandy Liang merupakan kasut larian jejak yang ringan dan berkusyen dengan perlindungan dan kestabilan tambahan. Kasut ini menampilkan gaya yang dikemas kini daripada salah satu kasut ikonik Salomon, Speedcross 3. Speedcross 3 Ribbon menggabungkan prestasi teknikal kasut larian dengan keanggunan siluet balet. Sentuhan halus kasut ini dilengkapkan dengan riben satin merah jambu yang boleh diikat sampai ke betis, seperti kasut balet. Speedcross 3 Ribbon Sandy Liang ini tersedia dalam warna Black/Cloud Pink dan berharga RM899.
Diinspirasikan oleh gaya kasut Mary-Jane, Sandy Liang memperkenalkan RX MJ yang direka dengan sentuhan feminin untuk mengekalkan gaya kewanitaan. Kasut ini adalah hibrid RX MOC 3.0 yang dilengkapkan dengan ciri keselesaan untuk meningkatkan wearability dan breathability. Lelaran terkini ini menampilkan kusyen ringan dengan kulit nubuck dan 3D open mesh untuk keselesaan yang tiada tandingan. RX MJ boleh didapati dengan warna Black dan Vanilla Ice, dan berharga RM899.
Koleksi Sandy Liang x Salomon ini boleh didapati dalam pelbagai saiz bermula 16 Julai 2024 untuk prapesanan di Laman Web Rasmi Salomon Malaysia. Koleksi ini juga boleh didapati secara eksklusif di Salomon The Exchange TRX bermula 27 Julai 2024.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026