Ciara, Pom Klementieff & Camila Morrone Sebagai Duta Pertama Nars
Jenama terkenal Nars mengumumkan 3 wanita hebat sebagai duta pertama mereka sempena ulang tahun ke-30 tahun ini.
Buat pertama kali dalam 30 tahun, Nars mengumumkan duta global jenama mereka sempena ulang tahun jenama itu yang ke-30. Untuk ulang tahun yang ke-30 ini, pengasas dan pengarah kreatif François Nars telah membawa semula produk pertama mereka, iaitu gincu dengan sentuhan Nars yang lebih berani dan nakal. Original Lipstick bukanlah sekadar one-hit wonder untuk jenama itu. Sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 1994, jenama ini telah menghasilkan formula ikonik yang menjadi pilihan dalam kit jurusolek dan rutin pengguna mereka. François mengaku bahawa dia bangga dengan ciptaan terbarunya, Explicit Lipstick,bersempena ulang tahun terbaru ini.
3 Wanita Hebat Sebagai Duta Pertama Nars
Ciara, Pom Klementieff dan Camila Morrone telah diumumkan sebagai duta pertama jenama alat solek itu. Ciara yang terkenal dengan kerjaya muziknya dengan hit seperti “Goodies” dan “Level Up juga dikenali dengan usahanya dalam bidang fesyen dan kecantikan. Dia mempunyai banyak sejarah dalam industri kecantikan dan pernah bekerjasama dengan beberapa jenama kecantikan sebelum ini seperti OAM Skin dan Revlon menjadikan dia seorang yang sesuai untuk menjadi muka kepada Nars. Ciara menyatakan bahawa Radiant Creamy Concealer, Powder Blush dalam rona Dolce Vita, dan Explicit Lipstick ialah produk kegemarannya dari Nars. https://www.instagram.com/p/C95Bf8apWea/ Pom Klementieff terkenal dengan watak Mantis dalam Marvel Cinematic Universe seperti Guardians of the Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War, Avengers: Endgame, dan Thor: Love and Thunder. Penampilan unik dan kehebatan lakonannya menjadikan Klementieff sebagai seorang yang menonjol dalam dunia perfileman Hollywood. Dia juga telah membintangi filem seperti Oldboy dan siri HBO Westworld. Penglibatannya dengan Nars menonjolkan pengaruhnya yang semakin meningkat dalam dunia fesyen dan kecantikan. Antara produk Nars kegemaran Klementieff ialah Light Reflecting Foundation dan Radiant Creamy Concealer. https://www.instagram.com/p/C94wV_4pcqv/ Camila Morrone pernah bekerjasama dengan jenama seperti Brilliant Earth dan Calvin Klein. Kerjaya lakonannya telah menyaksikan dia membintangi filem-filem yang mendapat pujian seperti Mickey and the Bear dan Death Wish. Dia juga dikenali kerana kerjaya modelnya dan mempunyai kehadiran yang kuat di media sosial, menjadikannya seorang yang berharga untuk dimasukkan di dalam barisan duta Nars. Morrone sangat menyukai Afterglow Liquid Blush dari Nars sebagai pemerah pipi hariannya. https://www.instagram.com/p/C94nZ_WxheH/ Ketiga-tiga wanita yang berpengaruh ini akan meningkatkan imej dan gaya tarikan Nars lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita. Wanita-wanita ini mempunyai pengikut di media sosial yang majoritinya wanita dan bakal meningkatkan lagi hubungan Nars dengan pengguna mereka.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
