CHANEL 31 LE ROUGE Simbolik Feminin
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioPembangkit gaya wanita terletak pada pilihan warna yang tepat! Merah meraikan personaliti wanita serba feminin dan sensual.

Ekspresi perasaan atau mood melalui warna sudah menjadi kebiasaan setiap individu. Warna itu adalah simbol kepada personaliti. Seperti warna merah yang dijadikan warna pertama oleh pelukis dalam membentuk inspirasi cinta. Wanita ikonik, Marilyn Monroe mencetus legasi bersama pilihan warna merah jambu terang ibarat transformasi patung Barbie.
“If you are sad, put on some lipstick and attack,” kata mutiara Gabrielle Chanel. Pada 1920, Gabrielle Chanel sudahpun mengambil langkah berani dalam menampilkan senjata wanita pertama yakni gincu. Sehingga kini gincu merupakan simbol glamor wanita yang menjadikan mereka individu yang berkuasa. Pada 1924, Gabrielle Chanel mencipta gincu pertama yang dilabel sebagai simbol elegan. 31 LE ROUGE dicipta dalam memberi penegasan intipati semangat kreatif yang diinspirasikan daripada cermin tangga ruang rue Cambon yang lagenda.

31 LE ROUGE ini mewah dalama rekaan sarung segi empat tepat berfaset. Pilihan nombor 31 ini mencipta sejarah tersendiri dalam pembuatan gincu di rumah CHANEL. Malah, ia juga menggabungkan fungsi dengan kecemerlangan yang teknikal dan kreatif. Rekaan bentuk dan sarung gincu berkaca lutsinar dan kilauan logam yang boleh diisi semula ini menyerlahkan nilai estetika 31 LE ROUGE.
Apabila diperkenalkan pada 2023 dengan pilihan palet sebanyak 12 warna dalam kemasan satin, kini 31 LE ROUGE kembali dengan tambahan lebih menarik bersama 12 warna dalam kemasan matte dan bercahaya. Setiap warna ini diilhamkan secara langsung oleh warisan warna yang unik dari pangsapuri Mademoiselle yang sofistikasi hingga ke Couture Atelier.

Untuk palet baharu ini, gincu signature 31 LE ROUGE ini dibaluti bersama motif fabrik tenunan yang elegan dan perincian huruf CHANEL membangkit perasaan yang istimewa. Koleksi istimewa ini juga diperkayakan bersama formula seperti minyak bunga Gardenia iaitu bunga putih yang ditanam oleh CHANEL. Sebagai penaik seri bibir dan juga menghidratkan permukaan bibir agar lebih gebu dan bermaya.
31 LE ROUGE menyatukan kemasan matte dalam permainan warna kontras yang mencetus kepada keseimbangan yang menawan. Setiap 12 warna baharu ini adalah diinspirasikan daripada asal-usul kelahiran CHANEL. 31 LE ROUGE menjanjikan satu kepuasan abadi yang tidak akan dilupakan oleh setiap wanita seluruh dunia.

Artikel berkaitan Terapi Cantik Secara Holistik Bersama N°1 DE CHANEL
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
