Related Stories
Bella Hadid Dilantik Sebagai Wajah Baharu Chopard
Dengan sukacitanya, Chopard mengumumkan pelantikan Bella Hadid sebagai duta global terbarunya. Bella Hadid pilihan Gen Z, berani dalam tutur katanya, dan bijak menjadikan setiap penampilan harian sebagai detik viral.
Chopard memilih Bella Hadid sebagai dutanya menjadi momen bermakna bagi beliau. Ketukangan agung Chopard memikat hati Bella sejak pertama kali memakai rekaan Maison di Festival Filem Cannes 2021. Caroline Scheufele, Presiden Bersama dan Pengarah Artistik Chopard, menyatakan bahawa Bella mencerminkan semangat Chopard dengan gabungan keanggunan semula jadi dan semangat hidup yang luar biasa. Bella menyatakan rasa penghargaan dan keterujaannya menyertai keluarga Chopard.
“I have so much appreciation for Chopard’s craftsmanship and have been an admirer of theirs for many years. I am so thrilled to be joining the Chopard family,” ujar Bella.
Manakala, koleksi mewah Chopard yang di sarung Bella memancarkan keyakinan dan kecantikannya sambil memperagakan Haute Joaillerie, Happy Hearts, Happy Sport, Happy Diamonds, Ice Cube, dan Alpine Eagle. Ketukangan Chopard dalam perspektif baharu cukup kelihatan segar dan sungguh menyerlahkan daya tarikan Bella Hadid. Jenama berwarisan lebih dari 160 tahun, dedikasi Chopard terhadap ketukangan, pendekatan perintis dalam kelestarian, penghargaan, serta komitmennya dalam menyebarkan nilai-nilai positif dan Joie de Vivre telah memberikan Maison kedudukan yang unik dalam dunia kemewahan.
Artikel Berkaitan: 25 Inspirasi Gaya Rambut Bella Hadid

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan
Perfect Match! Bella Hadid Ikon Elegan Chopard
Sebagai ikon kecantikan dan usahawan moden, Bella Hadid memulakan kerjayanya dalam industri fesyen pada usia 16 tahun. Beliau telah menghiasi muka depan 30 edisi Vogue dan diiktiraf sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh Time pada tahun 2023. Selain itu, beliau dianugerahkan ‘Model of the Year’ di British Fashion Awards 2022. Bella juga telah berjaya sebagai usahawan dengan syarikat minuman non-alcoholic alternatif Kin Euphorics dan jenama wangiannya Orebella.
Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
