Kulit Berseri Dengan Loose Powder Terbaharu Dari DECORTÉ
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Sep 09, 2024
Sejak dilancarkan pada 1998, loose powder Intuice dari DECORTÉ telah menjadi pilihan utama ramai wanita. Kemampuannya untuk memberikan kilauan dan kecerahan segera pada kulit menjadikannya produk yang sangat popular di pasaran.
Jika anda masih mencari bedak tabur berkualiti tinggi yang menjadi pilihan jurusolek terkenal, cuba pertimbangkan loose powder terbaru daripada DECORTÉ yang kini hadir dengan lima pilihan rona yang terbaharu iaitu 00 Translucent, 03 Luminous Pink, 04 Shimmering Ivory, 06 Nude Matte Beige, dan yang paling istimewa ialah 101 Harmony Veil yang menawarkan empat rona harmoni yang universal. Diinspirasi oleh teknik sebatian cahaya yang mampu memberikan kilauan pada kulit dengan menghasilkan vel cahaya yang lembut, loose powder dari DECORTÉ ini mampu memberikan kecantikan kulit yang mutlak dan telah mendapat pujian ramai kerana teksturnya yang halus dan ringan, memberikan kesan “naked skin” yang sempurna. Diformulasikan dengan silk powders dan molekul pengikat kelembapan, gabungan teknologi unik dalam memanipulasi cahaya dengan empat jenis tekstur yang berbeza ini bukan sahaja menjaga kelembapan kulit wajah, tetapi juga melindungi kulit dan memastikan kulit anda kekal selesa sepanjang hari tanpa rasa kering, menyamarkan cela bak magic! Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang jerawat atau bintik hitam di wajah kerana ia memberikan kilauan menawan yang membuatkan kulit anda kelihatan licin, sihat, dan berseri.“Penampilan diri sangat penting untuk mengekalkan imej profesional saya jadi untuk memastikan makeup i flawless the whole day, I choose loose powder from DECORTÉ to set my face” – Sabrina Azhar, Pempengaruh Digital

Sabrina Azhar
See Also
Empat Tekstur Untuk Kemasan Yang Anda Inginkan
Salah satu keistimewaan utama loose powder ini adalah teksturnya yang pelbagai dan sesuai untuk semua jenis kulit dan tona. Menggunakan teknologi canggih untuk mengatur pantulan cahaya di wajah, ia menghasilkan kemasan semula jadi dan flawless. 00 Translucentmemberikan sinaran semula jadi, sementara 03 Luminous Pink menutupi kekusaman dengan rona merah jambu lembut. 04 Shimmering Ivory pula menambah kilauan bercahaya, dan 06 Nude Matte Beige menawarkan kemasan matte yang tetap berseri. Dan, 101 Harmony Veil mampu memberikan kilauan sutera dengan rona harmoni yang elegan, melitupi kulit dengan cahaya lembut dan mencipta efek elegan serta berseri. Kesemua tekstur ini memastikan penampilan yang flawless dan semula jadi.
Teknologi Prisma Harmoni
Dengan lima formula canggih, loose powder ini direka khusus untuk mencipta kulit yang halus dan bercahaya. Ia bekerja dengan menyamarkan pori-pori dan ketidaksempurnaan melalui pantulan lembut yang menghasilkan kemasan semula jadi. Formula ini menapis cahaya kuning untuk meratakan tona kulit dan menyamarkan cela, serta mengawal sebum berlebihan untuk mencegah kekusaman dan memberikan kilauan semula jadi. Selain itu, pantulan cahaya biru dan ungu menambah kilauan cerah pada wajah, sambil memberikan kelembapan, keseimbangan warna, dan ketahanan solekan. Gabungan teknologi ini memastikan kulit anda kekal cantik, berseri, dan nyaman sepanjang hari, menjadikannya pilihan ideal untuk penampilan yang flawless dan memuaskan.“Sebagai jurusolek profesional saya sentiasa menitikberatkan kualiti dalam sesuatu produk, dan loose powder dari DECORTÉ mempunyai kualiti yang saya cari” – Noriana, Jurusolek Profesional
Kecerahan Sehingga 12 Jam
Mengandungi asid hyaluronik, loose powder ini menawarkan pengalaman solekan yang istimewa dengan paf lembut dan gebu untuk aplikasi yang lancar dan kemasan yang sempurna. Paf ini disertakan dan boleh dibeli secara berasingan pada harga RM30. Formula ringan dan melembapkan ini tidak hanya memberikan hasil solekan yang sempurna tetapi juga sentuhan sutera yang mewah. Dengan hanya melayangkan bedak secara ringan dan sekata, ia memastikan keselesaan sepanjang hari tanpa mengeringkan kulit. Kecerahan yang dihasilkannya bertahan hingga 12 jam, memastikan kulit anda kekal segar dan berseri sepanjang hari.
“Dalam kesibukan harian saya sebagai Content Creator, saya memerlukan produk yang tahan lama dan loose powder dari DECORTÉ ini mampu membuat kulit saya berseri sehingga 12 jam” – Johanis Sani, Pempengaruh Digital
Haruman Bunga Segar
Dilengkapi dengan haruman bunga segar yang lembut dan menyenangkan, termasuk ekstrak bunga jasmin dan mawar. Setiap sapuan memberikan hasil solekan yang cantik serta pengalaman yang menyegarkan dan memanjakan deria. Haruman yang halus ini menambah sentuhan istimewa pada rutin solekan anda, menjadikannya bukan sekadar proses kecantikan, tetapi juga pengalaman yang elegan dan memuaskan. Dengan sentuhan harum yang berpanjangan, kulit anda bukan hanya kelihatan menawan tetapi juga terasa segar sepanjang hari.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026


