Related Stories
Home > GLAM Heart > Projek Hijau > Fesyen > The Year Of Putri Marino
The Year Of Putri Marino
By
Maya Kusuma
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full Bio|
Dec 02, 2024
Sekelip mata fenomena Putri Marino mula mekar di Nusantara dengan berbekalkan bakat yang autentik serta hasil kerja yang ikhlas kepada pencinta dunia perfileman.
pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarah seni kanan KHAIRANI RAMLI gambar AGUS SANTOSO YANG/NPM PHOTO solekan EDITH PRASOJO dandanan AILEEN KUSUMAWARDANI busana Koleksi Pra-Musim Bunga 2025 Chanel lokasi THE HERMITAGE HOTEL BY MARRIOTT BONVOY
Pagi itu Putri Marino datang ke The Hermitage Hotel seorang diri. Pembantunya sudah terlebih dahulu siap sedia menanti di suite. Saya pula setia menanti pelakon berdarah kacukan Indonesia dan Itali ini di ruang lobi hotel nan mewah. Dia tidak perlukan segerombolan pembantu seperti bintang popular lain. Putri melangkah masuk ke lobi tanpa peneman. Senyumannya murah dan manis sekali. Setiap orang yang menyapa, pasti akan dia hadiahkan senyuman dan anggukan mesra. Cukup ramah lantas menyejukkan lagi hati orang-orang di hotel. Putri juga hadir dalam gaya serba ringkas. Rambutnya diselak belakang telinga dan muka dioles mulus tanpa solekan nan tebal. Dalam pelukan jaket dan celana bersaiz besar serta beg Polene setia pada bahu. Putri Marino yang terlebih dahulu menyapa kami. Cukup rendah diri karakternya. Buat kami yang terbang dari Kuala Lumpur ke Jakarta makin jatuh hati pada wanita Bali ini…
Rencana gambar kali ini mahu mendapatkan nuansa mentari tenggelam. Maka sempat kami menghabiskan masa pagi hingga ke tengah hari mengenali pesona bintang ini. Dalam biliknya, GLAM habiskan masa mengenali lebih rapat siapakah wanita disebalik karakter yang pelbagai ini? Putri tidak perlukan pengenalan kepada semua, tetapi kami mahu tahu bagaimana dia bermula mendekati seni sebagai makan hidupnya. “Selepas lulus daripada sekolah tinggi, saya tidak mempunyai impian seperti orang lain. Saya tidak mempunyai tujuan dalam hidup. Akhirnya, selama setahun saya menghabiskan masa bekerja di pejabat ayah. Sehinggalah ada seorang teman di Jakarta yang menyuruh saya ke sana untuk melakukan satu casting,” ujar Putri Marino membuka bicara tentang hidupnya.
Selama membesar di Indonesia sehinggalah tamat sekolah, kehidupannya hanya di Bali. Hanya setelah mendapat pelawaan daripada sahabat untuk satu sesi uji bakat, barulah dia membulat hati dan mengumpul semangat buat kembara sendiri ke kota Jakarta. “Pertama kali menjejak kaki di Jakarta, saya terkejut dengan bandarnya yang cukup pesat, besar serta dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi.”
Uji bakatnya yang pertama membuahkan hasil. Selama enam bulan dia menghabiskan masa merakam bersama program My Trip My Adventure. Tetapi masih tidak mempunyai mimpi atau impian kerana baginya semua dilakukan adalah atas kerja dan mahu mendapatkan wang simpanan. Hatinya mahu mencuba sesuatu yang baharu. “Pengurus saya mencadangkan untuk mengikuti uji bakat filem. Tetapi hampir 20 uji bakat yang saya pergi dan semuanya ditolak. Sehingga merasakan yang dunia lakonan serta filem ini bukanlah rezeki buat saya. Saya mula melupakan tentang mahu melompat dalam dunia perfileman kerana bagi saya tiada jodoh dengan seni ini.”
Tetapi satu ujibakat telah merubah hidupnya. Filem Posesif menjadi batu loncatan kepada Putri Marino. “Setelah mendapat peluang untuk uji bakat, saya lakukan sebanyak tiga kali. Akhirnya diberikan rezeki untuk berlakon dalam Posesif. Tetapi ketika diberikan peluang berlakon, saya mahu mengundurkan diri. Kerana hati ini terasa berat dan tidak mahu mengecewakan banyak orang. Saya mahu pulang ke Bali kerana merasakan diri ini tidak lagi cukup untuk menjadi pelakon filem.” Namun seketika dia berfikir, jika tidak berlakon filem ini maka dia tidak akan belajar benda-benda baru dalam hidup. Maka terus undangan buat melakonkan watak Lala melalui filem Posesif diterima.
Dan seterusnya, membuat Putri Marino jatuh cinta dengan dunia lakonan. Ia cukup menyenangkan hatinya. “Seronok berada di set bersama sutradara dan pelakon lain. Saya rasa gembira membawa pelbagai watak dan karakter orang lain yang jauh sekali dengan diri sendiri. Momen memasukkan orang baharu dalam diri Putri ini memberi satu euforia kepada saya. Maka sejak dari titik itulah, saya berkata kepada diri yang Putri Marino sekarang ini sudah mempunyai mimpi dan impian. Mimpi untuk menjadi aktres hebat di Indonesia.”
Sebagai pendatang baharu buat filem Posesif, ada perasaan gugup. Apabila skrip berada di tangannya, gundah gulana pada hati juga takut. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan skrip itu. “Ketika itu, saya hanyalah orang baharu dalam dunia filem. Orang kata baca, maka saya baca skrip satu persatu. Setelah lama barulah saya sedar tentang dinamik dunia lakonan serta menyelami setiap karakter.” Putri sempat berkongsi pada hari pertama di set Posesif dia hanya mahu mengeluarkan setiap dialog yang telah ditulis dalam skrip, tidak mahu mengecewakan peluang pertama ini.
Baca kisah penuh Putri Marino dengan mendapatkan majalah GLAM isu Disember 2024 di pasaran sekarang atau langgan secara online menerusi magzter.com.
Pesona Putri Marino Di Sebalik Kamera

See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Barang Kemas Tiffany & Co. Hiasi Filem Franke...
BY Maya Kusuma
Oct 08, 2025
RIMOWA Lancar Koleksi Bronze, Gaya Klasik & W...
BY Maya Kusuma
Jul 01, 2025
Alia Bastamam, Mencipta Legasi Bersinar
BY Maya Kusuma
Jun 16, 2025
Pop-Up Swarovski Kembali di Pavilion KL, Sambut U...
BY Maya Kusuma
Mar 11, 2025
The SpeSHALS Galaxy of Shalma Ainaa
BY Maya Kusuma
Mar 03, 2025
Selebriti, Pempengaruh Malaysia Meriahkan Acara Lo...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2025
Timeless Elegance Bersama Giorgio Armani Musim Pan...
BY Harith Huzairi
Mar 07, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026