Surrender to Serenity, Urutan Mewah di Four Seasons Kuala Lumpur
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioLuang masa sejenak dan manjakan diri dengan urutan badan bagi mengembalikan tenaga, melegakan otot dan memberikan ketenangan kepada minda dan tubuh.
The Spa di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur memperkenalkan seleksi urutan baru menggabungkan tradisi penyembuhan dari seluruh dunia dengan menggunakan produk Spa Senses dari jenama penjagaan kulit terkemuka, Skeyndor. Urutan ini memberi tumpuan kepada kesejahteraan holistik, yang menghubungkan minda, tubuh dan roh.
Pengalaman mengurut di The Spa

Sebaik sahaja melangkah masuk ke spa, tetamu disambut dengan suasana yang tenang dan santai. Sebelum urutan dimulakan, juruterapi menjelaskan produk-produk yang akan digunakan serta bertanyakan tentang masalah yang dihadapi dan bahagian pada badan yang memerlukan perhatian semasa proses mengurut.
Terdapat tiga jenis urutan signature yang disediakan antaranya ialah Balancing Ancient Abhyanga, Energising Yoga Flow dan Releasing De-Tense Therapy. Bagi melegakan stress dan tekanan, tetamu boleh merasai urutan Releasing De-Tense Therapy, yang diinspirasi dari Mediterranean, menggabungkan teknik urutan Sweden dan Turki. Digunakan bersama adalah minyak beraroma oren yang hangat, terapi ini membantu melegakan ketegangan otot dan mengurangkan stres.
Manakala urutan Balancing Ancient Abhyanga menggunakan minyak rempah tradisional dimana terapi ini membantu menyeimbangkan tenaga tubuh dengan memfokuskan pada titik tenaga tertentu. Energising Yoga Flow pula menggabungkan perubatan tradisional Cina dan Ayurveda, urutan Thai yang dipadankan dengan aliran yoga. Terapi ini menggerakkan seluruh tubuh untuk menyempurnakan aliran tenaga, dengan menggunakan krim buluh dan teratai untuk memberikan rasa keselesaan semulajadi.

Tetamu diberi pilihan untuk memilih aroma minyak terapi iaitu halia dan bitter orange, lavender dan kayu manis. Ruang urut peribadi membuatkan tetamu lebih selesa untuk menukar pakaian sebelum dan selepas sesi mengurut. Setiap sudut dipenuhi dengan elemen yang menenangkan, daripada pencahayaan lembut hingga muzik yang mencipta persekitaran mendamaikan untuk melepaskan tekanan.
Juruterapi yang bertugas sangat profesional dan mesra. Setiap gerakan dalam urutan dilakukan dengan penuh penghayatan dan tahap tekanan juga mengikut keinginan tetamu. Selepas urutan, tetamu akan berasa badan lebih segar dan ketegangan pada otot juga hilang. Sebelum pulang, tetamu diberikan minuman herba hangat menambahkan lagi pengalaman relaksasi.
Secara keseluruhan, pengalaman di The Spa, Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Dengan suasana yang menenangkan, layanan yang cemerlang, dan urutan yang berkualiti tinggi, pastinya memberikan kepuasan pada tubuh, minda dan jiwa.
Artikel Berkaitan: Rasai Pengalaman Mendapatkan Rawatan Di AWAY Spa Bersama Editor GBC
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
