GBC Dekati Datin Elvina Secara Eksklusif Untuk Dior Spa
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Holistic Wellness Treatment
Tip Solekan Radiant Hanya Menggunakan 5 Produk N°1 DE CHANEL Bersama Shiyo Joo
“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk…”- Eyka Farhana
GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ringan
Home > GLAM Beauty Club > Apa Kata Komuniti Cantik? > GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Sustainable Hair Care

GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Sustainable Hair Care

Kérastase L’Huile Originale Elixir Ultime, Refillable Hair Oil memikat hati para juri dan dipilih sebagai “Best Sustainable Hair Care” kerana ia kini hadir dengan konsep isian semula.

Sempena ulang tahun ke-60, Kérastase mengambil inisiatif dengan memperkenalkan botol kaca kitar semula yang mewah, dengan 95% bahan botol luaran diperbuat daripada kaca kitar semula. Botol isi semula (refill) pula mengandungi 30% plastik kitar semula.

Hasil kajian selama enam tahun, formula baharu ini menampilkan ekstrak bunga Camellia liar sebagai ramuan utama. Bunga Camellia yang dituai di Brittany, Perancis ini dipilih dengan teliti kerana sifat pelembap dan penyerian yang hebat. Proses pengekstrakan sejuk memastikan khasiat aktif terpelihara sepenuhnya.

Siapa tidak mahukan penjagaan rambut mewah lagi rapi. Oleh itu, barisan ahli panel GLAM Beauty Club memilih Elixir Ultime untuk GLAM The Best of Beauty 2025 kerana membuktikan bahawa kemewahan dan kelestarian boleh wujud bersama dalam satu produk yang unggul.

Wangian baharu produk ini, dicipta oleh parfumier Nicolas Beaulieu, membawa pengalaman mewah dengan nota Mandarin dan Heliotrope yang segar, diikuti aroma cedar dan bunga Violet, dan dilengkapi dengan nota asas kayu cendana dan kasturi.

Elixir Ultime boleh digunakan dalam pelbagai cara, termasuk sebagai produk penggayaan pada rambut kering atau lembap, pelindung haba sebelum menggunakan alat panas, rawatan pra-syampu, kemasan akhir untuk kilatan tambahan, dan sebagai sentuhan pelembap pada hujung rambut untuk hasil yang optimum.

Serlahkan mahkota rambut anda dengan klik pautan INI untuk maklumat lebih lanjut.